Posts

📰 Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau

Image
📍Kuala Lumpur 🗓️17 Oktober 2025  Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide di bawah pimpinan Tuan Ariff Fadli bin Abd Wahab, yang juga Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM) dan Pengarah Pembangunan Ekonomi Halo Je (P-Hailing), terus memperkukuh langkah strategik dalam memperkasa ekonomi serantau melalui penyatuan tiga entiti utama – Seketeriat ASEAN Worldwide, DPPUM, dan Halo Je (P-Hailing). Gabungan Ekonomi ASEAN: Titik Permulaan Baharu Kerjasama tiga entiti berpengaruh ini membuka lembaran baharu bagi memperkukuh ekonomi rantau melalui penyelarasan sumber, kepakaran dan jaringan niaga antara kerajaan, sektor swasta dan NGO. Gabungan ini turut disokong oleh pelbagai organisasi tempatan yang mempunyai misi bersama dalam memperkukuh ekonomi ummah dan komuniti ASEAN. “Kita mahu satukan kekuatan ekonomi tempatan dan serantau. Seketeriat ASEAN Worldwide, DPPUM dan Halo Je akan menjadi pelantar penyatuan antara kerajaan, koperasi, NGO dan syarik...

🛍️ Peniaga Bazaar Karnival Seri Muda 2025 kurang sambutan pengunjung akibat tiada usaha promosi serius dari pihak penganjur serta kutipan kanopi RM1,300 tiada dalam perjanjian

Image
📰Seri Muda, Selangor – Sejumlah peniaga yang menyertai Bazaar Karnival Deepavali 2025 di Seksyen 25, Seri Muda melahirkan rasa kecewa dan marah selepas kurangnya sambutan & usaha promosi dari penganjur di tapak pameran selain mendakwa kutipan bayaran kanopi bernilai RM1,300 hingga RM1,500 dilakukan melalui akaun peribadi seorang individu, walaupun permit rasmi telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 🛍️Bazaar Karnival Seri Muda 2025 kurangnya sambutan dari orang ramai kerana tiada promosi & acara tarikan orang ramai. Pihak penganjur sepatutnya melakukan acara menarik penduduk Taman Sri Muda datang ke lokasi jualan. 🛍️ Bazaar Karnival Seri Muda 2025 masalah tiada pengunjung & ganguan elektrik bermasalah menyukarkan berniaga menarik pelanggan. Pihak peniaga juga tidak dibenarkan memeriahkan lokasi tapak berniaga dengan mainkan lagu deepavali & pengumuman jualan. 🛍️ Bazaar Karnival Seri Muda 2025 selama 2 minggu berniaga selalu ada gangguan elektrik ...

LnR Empire Menjadi Penaja Rasmi Pertandingan Miss M World dan Miss M Universe 2025

Image
Petaling Jaya, 6 Oktober 2025 , Sekali lagi Jenama LnR Empire hadir sebagai penaja bagi Pertandingan Miss M World dan Miss M Universe 2025. Acara hebahah tersebut berlansung dengan jayanya di Sebuah Hotel Royal Chulan Damansara dengan dihadiri oleh peserta Ratu Cantik, jemputan vvip dan kehormat serta para pengamal media.  Antara tetamu kehormat yang hadir menyerikan acara adalah Mr Aaron Tan – Pengurus Besar, Royale Chulan Damansara & Curve, Tan Sri Kayveas – Tokoh Politik Malaysia, Datin Ezlyn - Penyanyi terdahulu tahun 2003 dengan lagunya Hi hi bye bye. Ia merupakan titik pertemuan bagi diplomasi wanita  mengangkat martabat dan jenama melalui nilai spiritual keaggunan dalaman sebenar bergelar ratu cantik dalam acara ini. Turut hadir dan diberi penghargaan adalah  Dato Dr. Hjh Azlin Sebagai "Islamic Ambassador of Beauty & Dignity 2025.  Sebelum ini Miss M World & Miss M Universe 2025 Telah berjaya dianjurkan pada 21 September 2025 sebelum ini. Dimana i...

🎈PELANCARAN 🎂 “PROGRAM CARE CAKE” UNTUK TABUNG 👶🏻👧🏻👦🏻 KANAK-KANAK KANSER KERJASAMA AJWA BAKERY X ADINA CHARITY CIRCLE

Image
📍Kota Damansara  🗓️ 4 Oktober 2025  📰 Ajwa Bakery dengan kerjasama Adina Charity Circle  satu inisiatif khas kolaborasi  melancarkan “Program Care Cake”, iaitu memperkenalkan satu produk baharu Ajwa; Marbeles Series (marbles with cheese cake), simbolik kepada harapan dan kasih sayang. Pelancaran ini diadakan bersempena dengan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.  🍰 Pengasas Ajwa Bakery, Puan Dahlia Nazmi, berkata: “Kami percaya perniagaan mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat. Melalui Program Care Cake, kami berbesar hati dapat bersama Adina menjadikan setiap potongan kek sebagai hidangan yang membawa harapan.”  🤝 Program “Program Care Cake”menggabungkan dunia perniagaan dan kebajikan, di mana 30% daripada hasil jualan kek tersebut akan disalurkan terus ke Tabung Kanak-kanak Kanser Adina. Sasaran jualan 2,000 kek dengan harga RM 22 berbaloi dengan kualiti & rasa unik. Setiap pembelian bukan hanya membe...

📰Pelancaran Kempen 💧‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ Menjelang Misi Bantuan 17 Oktober 2025 ke GAZA

Image
📍 Putrajaya 🗓️ 4 September 2025   📰NEX bersama Fattah Amin,melancarkan kempen solidariti khas, " NEX & Fattah Amin Bersama Palestin " di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin . 📰Menjelang tanggal  17 Oktober 2025 , kempen ini akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membeli 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam , dengan RM0.50 daripada setiap botol disalurkan bagi mencapai sasaran kolektif sebanyak RM250,000 .  💧Inisiatif ini bukan sekadar kutipan dana - ia adalah sebuah gerakan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui keperluan harian, membuktikan bahawa walaupun tindakan sekecil seperti membeli sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin. 📰 Hasil kutipan akan disalurkan terus ke usaha bantuan di Gaza melalui Cinta Gaza Malaysia (CGM). Baru-baru ini, dunia tersentuh oleh tindakan rakyat Mesir yang menghantar botol berisi makanan ke Gaza melalui laut, setiap botol membawa bekalan dan harapan. 🎙️ Fattah Amin berkongsi: "Ini bukan sekadar tentang sebuah ...

🎤🪘 KONSERT CINTA RASUL Hijjaz, UNIC & Penampilan Istimewa Rabbani Bersatu di Pentas Keinsafan

Image
📍Hotel Ideas Kuala Lumpur 🗓️3 September 2025  10 Pro Event Management mempersembahkan Konsert Cinta Rasul, sebuah malam yang mengangkat keindahan spiritual dan nostalgia nasyid dalam suasana penuh keinsafan dan kekeluargaan. Konsert ini menampilkan kumpulan legenda nasyid Hijjaz, yang bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan cinta terhadap Rasulullah SAW melalui lagu-lagu yang menyentuh jiwa. Turut memeriahkan pentas ialah UNIC, artis jemputan yang terkenal dengan gaya kontemporari dan mesej dakwah yang segar. Lebih istimewa, Rabbani akan membuat penampilan khas, menyatukan generasi lama dan baharu dalam satu malam yang penuh makna. Lokasi: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu   Tarikh: 3 Oktober 2025   Masa: 8:45 malam   Tiket boleh didapati melalui platform rasmi jualan Lebih daripada sekadar konsert, acara ini turut menampilkan Letups Fest Food Festival — pesta makanan yang menyatukan vendor tempatan, sajian viral, dan rasa tr...

🎈SELBIZ 2025 KEMBALI DENGAN TEMA FESTIVAL INOVASI - Kehadiran artis popular hangatkan pentas Konsert SELBIZ 2025 PKNS

Image
📍SACC SHAH ALAM  🗓️ 28 Ogos 2025  Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) kembali dengan edisi keempat yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagi edisi tahun ini, KRU Studios Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara rasmi. Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), penganjuran kali ini dijangka lebih meriah dengan pengisian pelbagai program strategik dan hiburan berkualiti tinggi.  "Bertemakan Festival Inovasi dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang, kami berharap SELBIZ 2025 akan menarik minat kehadiran lebih ramai pengunjung di samping menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam memajukan perniagaan PMKS," ujar beliau semasa ditemui pada Sidang Media SELBIZ. Pada tahun lalu, SELBIZ telah mencatatkan kejayaan besar dengan kehadiran lebih 36,000 pengunjung, penyertaan 200 usahawan, dengan hasiljualan melebihi RM3.55 juta. Menurut Pengurus Pembanguna...