🎈PELANCARAN 🎂 “PROGRAM CARE CAKE” UNTUK TABUNG 👶🏻👧🏻👦🏻 KANAK-KANAK KANSER KERJASAMA AJWA BAKERY X ADINA CHARITY CIRCLE
🤝Program “Program Care Cake”menggabungkan dunia perniagaan dan kebajikan, di mana 30% daripada hasil jualan kek tersebut akan disalurkan terus ke Tabung Kanak-kanak Kanser Adina. Sasaran jualan 2,000 kek dengan harga RM 22 berbaloi dengan kualiti & rasa unik. Setiap pembelian bukan hanya memberi rasa manis, tetapi juga menyumbang harapan kepada anak-anak pesakit kanser.”
📦Dana keutamaan digunakan membantu menyediakan keperluan asas seperti lampin pakai buang dan susu bernutrisi bagi anak-anak kecil dan remaja yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Pengerusi Adina Charity Circle, Puan Nurdieana Mohd Mardzi menceritakan nasib pesakit kanser otak yang menyedihkan memerlukan bantuan
🎙️Pengerusi Adina Charity Circle, Puan Nurdieana Mohd Mardzi, menyatakan: “Program Care Cake adalah bukti bahawa kebaikan boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk melalui makanan.
🎂1 Marbeles Series dibawah Program Care Cake ini boleh didapati di cawangan Ajwa Bakery Kota Damansara dan Taman Melawati serta juga melalui platform jualan dalam talian yang akan diumumkan kemudian.
✉ Maklumat lanjut :
Hubungi:
Noor Balqis Mohd Hairuddin, Admin
No. Tel.: 019-380 0530 Emel: ajwabakery77@gmail.com Facebook/Instagram/TikTok/Threads/X: @ajwabakery
✉ Maklumat lanjut :




Comments
Post a Comment