📰Pelancaran Kempen 💧‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ Menjelang Misi Bantuan 17 Oktober 2025 ke GAZA
📍Putrajaya🗓️4 September 2025
📰NEX bersama Fattah Amin,melancarkan kempen solidariti khas, "NEX & Fattah Amin Bersama Palestin" di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
📰Menjelang tanggal 17 Oktober 2025, kempen ini akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membeli 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam, dengan RM0.50 daripada setiap botol disalurkan bagi mencapai sasaran kolektif sebanyak RM250,000.
💧Inisiatif ini bukan sekadar kutipan dana - ia adalah sebuah gerakan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui keperluan harian, membuktikan bahawa walaupun tindakan sekecil seperti membeli sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin.
📰Hasil kutipan akan disalurkan terus ke usaha bantuan di Gaza melalui Cinta Gaza Malaysia (CGM). Baru-baru ini, dunia tersentuh oleh tindakan rakyat Mesir yang menghantar botol berisi makanan ke Gaza melalui laut, setiap botol membawa bekalan dan harapan.
🎙️ Fattah Amin berkongsi:
"Ini bukan sekadar tentang sebuah jenama; ini tentang menggunakan platform kami untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar. Kami berharap setiap hirupan membawa doa, setiap pembelianmenyampaikan harapan."
📰Di NEX, kami melihat botol kami dengan makna yang sama - bukan sekadar hidrasi, tetapi sebagai wadah solidariti. Pemilihan bulan Oktober juga penuh simbolik, memperingati tragedi 7 Oktober 2023, dengan hasrat untuk mengubah tarikh penuh duka itu menjadi hari penuh harapan, bersama dan suatu tindakan bermakna.
🎙️ Imam Muda Asyraf berkata:
" Pada hari Jumaat yang mulia itu nanti, kita bukan sahaja berkumpul untuk beribadah dengan amalan kecil seperti membeli sebotol air boleh menjadi sadaqah jariah; pahala berpanjangan yang memberi kelegaan kepada saudara kita di Palestin."
📰 Satu Hari, Satu Misi, 17.10.25
·
Botol Edisi Terhad NEX boleh
didapati di TikTok Shop dan di 500 masjid seluruh negara.
·
Penampilan khas oleh Fattah Amin dan Imam Muda Asyraf di
masjid terpilih disekitar Lembah Klang.
·
Setiap botol yang dibeli bukan sahaja sebagai simbol hidrasi, tetapi
juga titisan kasih sayang yang membentuk lautan harapan.
Jadilah sebahagian daripada kempen bermakna ini. Pada 17 Oktober 2025,
dapatkan Botol Edisi Terhad NEX dan sertai kami dalam memberi bantuan, doa, serta
harapan kepada rakyat Palestin.
Mengenai jenama NEX
NEX ialah jenama minuman
Malaysia yang mementingkan kualiti & kebersamaan dalam komuniti. Lebih
daripada sekadar hidrasi, NEX berusaha mencipta inisiatif bermakna yang
menyatukan semua dan membawa perubahan.
Mengenai Cinta Gaza
Malaysia (CGM)
Cinta Gaza Malaysia ialah
NGO kemanusiaan yang komited menghantar bantuan, sokongan, dan harapan kepada
rakyat Palestin. Melalui kerjasama erat dan usaha di peringkat akar umbi, CGM
memastikan setiap sumbangan sampai terus kepada saudara-saudara kita semua di
Gaza.
TikTok & Instagram: @nexbeverage
Boleh didadapati di TikTok Shop & Shopee
Untuk pertanyaan lanjut: Hani | 017 208 9218




Comments
Post a Comment