π²πΎ INTAC 2026 BAWA FESYEN, SENI DAN PELANCONGAN KE PENTAS ANTARABANGSA
π KUALA LUMPUR π️ 29 SEPTEMBER 2026 – π° Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadi tuan rumah Pameran dan Persidangan Pelancongan, Seni dan Budaya Antarabangsa (INTAC) 2026 , yang menyasarkan kehadiran 5,000 pelawat perdagangan beserta penyertaan 155 pempamer dari lebih 25 negara sepanjang tiga hari penganjurannya bermula Jumaat ini hingga 4 Oktober. ✨ Penganjur & Matlamat Ketua Pegawai Eksekutif WEX Malaysia, Dr. Leena Al-Mujahed , berkata INTAC 2026 akan memenuhi ruang pameran seluas 1,188 meter persegi dengan penyertaan pelbagai segmen termasuk lembaga pelancongan, syarikat pengurusan destinasi, perniagaan pelancongan, ahli akademik, seniman, artisan, pereka fesyen dan penggiat seni budaya. “INTAC kali kedua ini merupakan platform membina hubungan, membuka peluang dan menjalin kerjasama yang diharapkan berterusan walaupun acara berakhir,” ujar beliau. Majlis sidang media turut dihadiri Datuk Rosle Jaamat , Pengerusi Eksekut...