🎈SELBIZ 2025 KEMBALI DENGAN TEMA FESTIVAL INOVASI - Kehadiran artis popular hangatkan pentas Konsert SELBIZ 2025 PKNS

📍SACC SHAH ALAM  🗓️ 28 Ogos 2025 

Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) kembali dengan edisi keempat yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagi edisi tahun ini, KRU Studios Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara rasmi. Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), penganjuran kali ini dijangka lebih meriah dengan pengisian pelbagai program strategik dan hiburan berkualiti tinggi.

 "Bertemakan Festival Inovasi dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang, kami berharap SELBIZ 2025 akan menarik minat kehadiran lebih ramai pengunjung di samping menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam memajukan perniagaan PMKS," ujar beliau semasa ditemui pada Sidang Media SELBIZ.

Pada tahun lalu, SELBIZ telah mencatatkan kejayaan besar dengan kehadiran lebih 36,000 pengunjung, penyertaan 200 usahawan, dengan hasiljualan melebihi RM3.55 juta.


Menurut Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof, SELBIZ 2025 disasarkan antuk terus menjadi platform utama pemadanan perniagaan antara syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan serta agensi kerajaan dengan Perusahaan Milkro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Matlamatnya bukan sahaja untuk pasaran domestik, tetapi juga bagi menembusi pasaran antarabangsa.


Tahun ini, SELBIZ 2025 bakal melangkah lebih jauh dengan pengisian baharu dan menarik termasuk zon pempamer berteknologi tinggi, konsert imersif selama tiga hari, program "Family Fun Run", pertandingan e-Sukan dan pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.



Tarikan utama SELBIZ 2025 ialah Konsert Gempak SELBIZ yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hagiem Rusli, Adira Suhaimi, Black Hanifah, Nabila Razall, Zarul Umbrella dan ramai lagi.


Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmatl persembahan istimewa maskot watak animasi popular seperti Didi & Friends dan Umar & Hana, di samping maskot baharu seperti Zan Orangutan dan Kikako Kids.


Sementara itu, selaku Pengurus Acara SELBIZ 2025, Dato' Norman Abdul Halim berkata, SELBIZ 2025 menjanjikan kelainan dengan strategi penjenamaan serta kandungan program yang lebih segar.


"Di samping berhibur dan bersukan, pelbagai tawaran istimewa daripada pempamer dan hadiah cabutan bertuah buat pengunjung akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya.

SELBIZ merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh BPU sebagai platform pemerkasaan pasaran, peningkatan daya saing serta peluasan jaringan perniagaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).



Mengenai PKNS

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Selangor yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964. PKNS adalah agensi pembangunan negeri Selangor dalam pelbagai bidang meliputi hartanah, usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), taman industri, alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui, hospitaliti serta penjagaan kesihatan. Sebagai sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk memangkin pertumbuhan sosio ekonomi demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor, PKNS bukan sahaja berkhidmat untuk para pemegang taruh tetapi bagi semua lapisan masyarakat di Selangor.


Dikeluarkan oleh :- Zurina binti Yahya Pengurus BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Tarikh : 28 Ogos 2025

Seksyen Media & Penerbitan, Bahagian Komunikasi Korporat PKNS Bangunan Ibu Pejabat PKNS, No. 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 

No Tel: 03-55250300/ 1067 
E-mel: zurina@pkns.gov.my/pkk@pkns.gov.my 

Comments

Popular posts from this blog

📰 Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau

🕋HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

🎯 KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN 🏹 PEMANAH LELAKI & 🏹 PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR