Posts

Showing posts from August, 2026

๐ŸŽฌDRAMA PERANG BERSEJARAH "PELURU SENJA (THE GHOST &GUN)" ๐Ÿ“ฝ️ SENTUHAN KREATIF PELBAGAI PRODUKSI PELBAGAI NEGARASEMPENA HARI KEBANGSAAN

Image
๐Ÿ“ฐ KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Filem drama perang bersejarah PELURU SENJA (The Ghost & the Gun) yang berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada tahun 1948 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2026, bersempena sambutan hujung minggu Hari Kebangsaan Malaysia. ๐Ÿ“ฝ️ Filem ini diterbitkan oleh Ghost and Gun Limited dengan kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, serta diarahkan oleh pengarah kelahiran India yang berpusat di Singapura, Anshul Tiwari. Peluru Senja adalah hasil kolaborasi penerbitan antarabangsa yang menggabungkan tenaga kreatif dan kru produksi dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, dan United Kingdom. ๐Ÿ“ฝ️ Berlatar suasana tegang selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, filem ini menceritakan tentang seorang tentera Melayu dan seorang askar British yang tertinggal setelah pengunduran tentera British dari Tanah Melayu. Mereka perlu mengetepikan perbezaan dan trauma perang yang menghantui, lalu bekerjas...

๐Ÿˆ Majlis perasmian program “Meow Checkup” berlangsung di Dewan MPAJ Taman Chempaka telah dirasmikan oleh YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz

Image
๐Ÿ“ฐ Ampang  ๐Ÿ—“️  22 Ogos 2026  Perasmian Program "Meow Checkup" telah berlangsung di Dewan MPAJ Taman Chempaka dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Pandan Indah dan Ampang. Program "Meow Checkup" telah berjaya dirasmikan oleh YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz di Dewan, disaksikan oleh ratusan hadirin. Kebanyakan orang hadir dengan membawa kucing peliharaan mereka untuk mendapatkan rawatan daripada Dr. Pakar di Hospital Veterinar Cheras. YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul turut mengunjungi beberapa gerai pameran dalam program Vaksin Kucing ini. Antara gerai yang ada termasuk Gerai Terra Diet Makanan Kucing, Smart Pets, Sue MayangShelter, Jualan Rahmah Telur Murah serta beberapa gerai lain yang mengambil bahagian.  Ramai pemilik kucing berasa gembira menerima vaksin percuma, memandangkan kos rawatan haiwan seperti kucing agak tinggi. Dengan adanya program ini, beban mereka yang menyayangi haiwan peliharaan dapat diringankan. Sebanyak 150 dos vaks...