πŸ›️ Peniaga Bazaar Karnival Seri Muda 2025 kurang sambutan pengunjung akibat tiada usaha promosi serius dari pihak penganjur serta kutipan kanopi RM1,300 tiada dalam perjanjian


πŸ“°Seri Muda, Selangor – Sejumlah peniaga yang menyertai Bazaar Karnival Deepavali 2025 di Seksyen 25, Seri Muda melahirkan rasa kecewa dan marah selepas kurangnya sambutan & usaha promosi dari penganjur di tapak pameran selain mendakwa kutipan bayaran kanopi bernilai RM1,300 hingga RM1,500 dilakukan melalui akaun peribadi seorang individu, walaupun permit rasmi telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

πŸ›️Bazaar Karnival Seri Muda 2025 kurangnya sambutan dari orang ramai kerana tiada promosi & acara tarikan orang ramai. Pihak penganjur sepatutnya melakukan acara menarik penduduk Taman Sri Muda datang ke lokasi jualan.


πŸ›️ Bazaar Karnival Seri Muda 2025 masalah tiada pengunjung & ganguan elektrik bermasalah menyukarkan berniaga menarik pelanggan. Pihak peniaga juga tidak dibenarkan memeriahkan lokasi tapak berniaga dengan mainkan lagu deepavali & pengumuman jualan.

πŸ›️ Bazaar Karnival Seri Muda 2025 selama 2 minggu berniaga selalu ada gangguan elektrik & jualan tidak sampai RM 200. Kewujudan Bazaar Deepavali ini seperti tidak diketahui penduduk setempat.

πŸ›️Pihak peniaga telah mematuhi permit dan kelulusan yang disahkan, namun pihak persatuan meminta  bayaran tambahan tanpa sebab munasabah. “Kami sudah 2 minggu berniaga rasa ditipu. MBSA perlu bertindak dan memberi penjelasan segera,” ujar mereka.

πŸ›️ Peniaga memohon supaya pihak YB Prakash dan Dato’ Bandar MBSA menyiasat perkara ini dengan segera bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap mereka. 


πŸ›️Peniaga Bazaar Karnival Seri Muda 2025 majoriti kalangan B40 rasa kurang sesuai bayaran dikenakan untuk tujuan kutipan kebajikan walaupun pihak peniaga belum lagi mendapat jualan memuaskan sejak mula berniaga di lokasi jualan.




Comments

Popular posts from this blog

πŸ•‹HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

🎯 KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN 🏹 PEMANAH LELAKI & 🏹 PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR

πŸ“° United Nine Creative Tandatangani Perjanjian Persefahaman dengan TFP Solution Berhad Bagi Memperkasa Industri Kreatif Digital