๐ธ โPULUHAN INDIVIDU DARIPADA INDONESIA, BRUNEI DAN SINGAPURA DISYAKI DIITPU DAN DIPERDAYA DI BAWAH SKIM PELABURAN PERDAGANGAN MATA WANG FOREX DAN MENGALAMI KERUGIAN JUTAAN RINGGITโ

๐ Pihak MHO telah menerima 69 aduan pengadu-pengadu daripada Indonesia, Singapura dan Brunei berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh mereka setelah menyertai satu skim pelaburan perdagangan mata wang forex yang ditawarkan oleh sebuah syarikat. Anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para pengadu ini adalah sebanyak RM 38,080,425.00. Skim pelaburan yang dianjurkan oleh syarikat tersebut adalah berkenaan dengan satu skim pelaburan matawang forex. Konsep dan modus operandi ini melibatkan sebuah syarikat yang mana telah dilantik sebagai broker pelaburan dan broker tersebut merupakan pihak yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat. ๐ Broker tersebut melantik sebuah persatuan (โunionโ) sebagai agensi pemasaran untuk mempromosikan skim-skim pelaburan tersebut. Pelaburan matawang forex tersebut diuruskan oleh sebuah syarikat yang lain. Sebagai makluman, bagi menguruskan pelaburan tersebut, seorang warganegara Rusia telah dilantik sebagai โfund managerโ. ๐...