💸🎰 “SEORANG ANAK DIPERDAYA IBU DAN TEMAN LELAKI IBU DISYAKI MELAKUKAN SCAMMER PELABURAN JUNKET KASINO”



📄  NGO MHO telah menerima maklumat dan aduan berkenaan dua individu seorang wanita dan teman lelakinya yang telah disyaki melakukan penipuan pelaburan program junket dimana mereka akan membawa orang-orang kenamaan untuk bermain judi di kasino di genting dan sebagai balasan pelabur akan dibayar komisen bagi setiap pemain. Pengadu diberitahu bahawa untuk seorang pemain mereka memerlukan sebanyak RM50,000 sebagai kos dan mereka menjanjikan pelabur komisen bagi wang yang dilaburkan.



📝Mereka juga telah memperdaya mangsa dengan memperkenalkan diri mereka sebagai agen yang bertauliah di bawah sebuah syarikat junket terkenal di Genting tetapi apabila semakan dibuat pihak junket terkenal itu menafikan perkara tersebut dan mereka turut menyamar sebagai agen daripada syarikat tersebut serta sebagai seorang pegawai polis untuk menakutkan mangsa.

📝 Pelbagai janji dan alasan digunakan mereka untuk mengelak membuat pembayaran semula wang yang telah dibayar termasuklah individu wanita tersebut memaklumkan bahawa teman lelaki beliau sedang berada di dalam penjara kerana terlibat di dalam kes bunuh dan cuba memperdayakan mangsa dengan mencadangkan supaya membuat pembayaran wang kepada beliau untuk beliau gunakan merasuah pihak Polis agar teman lelaki beliau dapat dibebaskan dan menguruskan proses pembayaran balik tersebut. 

📝 Kemudian, individu-individu terbabit telah meminta duit untuk dilaburkan kedalam program mereka dan telah memperdaya dan mendesak mangsa dengan mengatakan bahawa untuk mendapat kembali duit yang telah dilaburkan mangsa perlu memberikan mereka wang lagi sehingga mangsa telah kerugian wang keseluruhannya lebih kurang sebanyak RM1.2 juta. Namun apabila bertanyakan mengenai komisen mereka sentiasa berdalih dan hanya membayar dalam jumlah yang sedikit demi sedikit itupun setelah didesak.

📝 Justeru itu, pihak kami akan membantu pengadu supaya mendapat keadilan sewajarnya serta kes yang dilaporkan ini disiasat dan pelaku-pelaku dikenakan tindakan setimpal. Dengan pendedahan yang dibuat ini pihak kami berharap masyarakat diluar sana peka dan tidak lagi menjadi mangsa terhadap kes seperti ini.



                                                                                                              Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO)


🙋🏻‍♂️ Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) adalah sebuah organisasi yang diasaskan atas dasar ingin membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan. MHO telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak-hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek program kemanusiaan dan khidmat guaman.

Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.