💸 “ DALANG PENIPUAN SKIM PERNIAGAAN FREEZER BERGELAR DATO’ DISYAKI MENYEBABKAN NILAI KERUGIAN RATUSAN RIBU”



📝Pihak MHO telah menerima beberapa aduan daripada pengadu-pengadu daripada berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh mereka setelah menyertai satu skim pelaburan freezer yang ditawarkan oleh sebuah syarikat. Anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para pengadu ini adalah sebanyak RM275,000.00.

📝Para pengadu telah menyatakan bahawa skim pelaburan freezer yang ditawarkan oleh individu berstatus Dato’ ini adalah dimana para pelabur yang telah menyertai program skim pelaburan ini akan menerima pulangan bayaran dividen yang sangat menarik. Mereka juga ditawarkan dan ditaburkan dengan janji serta manfaat-manfaat yang besar untuk mengaburi mata para pelabur bagi menyertai skim pelaburan tersebut. Penerangan dan representasi lanjut berkenaan dengan skim pelaburan yang ditawarkan ini adalah menerusi seorang individu tempatan yang berstatus Dato’ tersebut. Namun begitu, permasalahan mulai timbul apabila para pengadu tidak dapat menerima sebarang pembayaran pulangan atau keuntungan seperti mana yang dijanjikan dan ditawarkan oleh syarikat tersebut.

📝MHO dimaklumkan oleh pengadu-pengadu bahawa modus operandi skim pelaburan freezer ini adalah dimana individu berstatus Dato' tersebut menawarkan skim perniagaan kepada penga para engadu membeli freezer tersebut daripadanya kemudian menjual semula kepada syarikat tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Seterusnya, syarikat tersebut akan menggunakan freezer tersebut untuk tujuan dan akan memberikan komisen setiap Para pengadu juga memaklumkan bahawa freezer yang dibeli oleh syarikat tersebut akan digunakan di pasaraya tempatan. 

📝Berkenaan isu freezer tersebut, para pengadu yang mempersoalkan mengenai bukti kewujudan freezer tersebut pasaraya sama ianya adalah benar-benar wujud atau di atas kertas sahaja kerana sehingga ke hari ini para pengadu tidak pernah ditunjukkan sebarang salinan dokumen-dokumen pengurusan berkenaan dengan freezer tersebut. 


📝Para pengadu telah bertanyakan berkenaan bayaran komisen yang unggak. Namun, tiada jawapan positif yang diberikan dan akhirnya mendiamkan diri. MHO berpendapat bahawa ini adalah merupakan satu dan/atau jalan yang dilakukan oleh pihak syarikat untuk melepaskan tanggungjawab mereka setelah pihak syarikat mengambil duit-duit pelaburan daripada individu yang tidak bernasib baik ini. 

📝Seterusnya MHO ingin memberikan cadangan kesalahan dan/atau ketidakpatuhan yang telah dilakukan oleh Syarikat ini di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, seksyen-seksyen tersebut adalah seperti berikut: Seksyen 3 - Pengeluaran dan kehendak bagi pendaftaran skim Tiada seorang pun kecuali suatu syarikat pengurusan boleh mengeluarkan atau menawarkan kepada orang awam untuk melanggan a membeli atau mempelawa orang awam untuk melanggan apa-apa kepentingan. Melainkan jika skim itu didaftarkan dan dibenarkan bawah Aktal 2/4 b) 


Seksyen 19 Kelulusan surat ikatan amanah dan perjanjian kontraktual

Kelulusan bagi suatu surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual hendaklah hanya diberikan jika –

(a) Kelulusan bagi pelantikan pemegang amanah yang disebut dalam subseksyen 22 (2) telah diperolaeh 

(b) Kelulusan bagi pelantikan pemegang amanah itu tidak dibatalkan dan pemegang amanah itu tidak berhenti daripada jawatan.- 

Apabila memberikan kelulusan, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

c) Seksyen 22 – Pelantikan pemegang amanah 

Sebelum pendaftaran suatu skim dibawah Seksyen 9, syarikat pengurusan hendaklah, tertakluk kepada Seksyen 23, melantik pemegang amanah untuk bertindakan bagi pemegang kepentingan.

Pelantikan pemegang amanah itu oleh syarikat pengurusan hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pendaftar. 

Dengan merujuk kepada fakta dan seksyen-seksyen di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 ini, makanya MHO mengesyaki bahawa Syarikat yang terlibat ini telah melanggar dan tidak patuh dengan undang-undang yang telah diwartakan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 ini. 

Sedia maklum bahawa sesebuah syarikat sendirian berhad tidak boleh menerima sebarang pendanaan awam seperti mana yang telah diwartakan dibawah Akta Syarikat. Tambahan lagi, sesebuah syarikat yang ingin menawarkan sesuatu skim pelaburan itu juga perlu untuk mendapatkan lesen dan juga kebenaran dari pihak berkuasa yang mengawal selia skim-skim pelaburan di Malaysia ini. Seandainya syarikat ini yang menawarkan skim pelaburan yang tidak wujud dan tidak sah, maka ianya dapat disimpulkan bahawa syarikat itu menerima wang pelaburan dari sesuatu aktiviti haram yang dilakukan oleh pihak Syarikat tersebut. Maka ianya adalah merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 4 (1) Anti-money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLA).10.




                                                                                                              Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO)


🙋🏻‍♂️ Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) adalah sebuah organisasi yang diasaskan atas dasar ingin membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan. MHO telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak-hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek program kemanusiaan dan khidmat guaman.

Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.