๐Ÿก “ PIHAK MHO MOHON KERJASAMA MEMGESAN SEORANG INDIVIDU DISYAKI MELAKUKAN PENIPUAN PENJUALAN RUMAH PRIMA”




๐Ÿ—“️ 18hb Oktober 2024 (Jumaat)        ⏰ : 11.00 Pagi    
๐Ÿ“ : C-8-6, Megan Avenue
      Jalan Tun Razak
      50100 Kuala Lumpur


๐Ÿ“ƒ Pihak MHO telah menerima maklumat dan aduan berkenaan seorang individu wanita yang telah disyaki melakukan penipuan penjualan rumah PRIMA dimana beliau mendakwa bahawa beliau merupakan agen kepada rumah PRIMA dan menawarkan penjualan kepada pengadu-pengadu di kawasan sekitar negeri Kedah.






๐Ÿ“ƒ Individu terbabit turut mengeluarkan surat tawaran kepada pengadu, surat kelulusan pinjaman dan surat yuran guaman yang tertera letterhead PRIMA atau nama penuh Prima Corporation Malaysia. Dokumen-dokumen yang telah diisukan ini adalah dipercayai telahpun dipalsukan untuk memperdaya dan mengaburi pembeli-pembeli rumah tersebut. Individu terbabit turut memalsukan dokumen atau surat kelulusan pinjaman daripada bank-bank lain.





  Bukti bukti transaksi pembelian rumah PRIMA oleh mangsa penipuan 






๐Ÿ“ƒ Pengadu-pengadu yang telah membuat pembayaran kepada individu wanita tersebut merasa tertipu dan telah kerugian wang ringgit apabila ianya terbongkar semasa pengadu pergi melihat rumah yang dibeli dan mendapati terdapat individu lain tinggal di sana dan menyatakan beliau merupakan tuan rumah tersebut.





                                               Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO)


๐Ÿ“ Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) adalah sebuah organisasi yang diasaskan atas dasar ingin membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan. MHO telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak-hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek program kemanusiaan dan khidmat guaman.




Comments

Popular posts from this blog

๐Ÿ“ฐ Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau

๐Ÿ•‹HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

๐ŸŽฏ KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN ๐Ÿน PEMANAH LELAKI & ๐Ÿน PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR