Persidangan Agung Tahunan Majlis Tertinggi (PAT) GPMS



Majlis Tertinggi GPMS telah selesai mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi bagi membincangkan beberapa perkara berkenaan dengan gerak kerja GPMS dan beberapa perkara berhubung Persidangan Agung Tahunan (PAT) GPMS yang Insyallah bakal diadakan pada tahun ini di Negeri Pahang.



Mesyuarat berlangsung tadi membincangkan berkenaan saranan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) supaya mengadakan Pemilihan Jawatankuasa Majlis Tertinggi GPMS di dalam Persidangan Agung Tahunan kali ini dan juga permintaan Persidangan Agung Khas (PAK) GPMS daripada GPMS Negeri-Negeri.



 Fasal 15.1 Perlembagaan GPMS memperuntukkan bahawa tempoh pegangan jawatan Majlis Tertinggi GPMS adalah selama 3 tahun daripada tarikh pemilihan.



GPMS berpegang teguh dengan prinsip Perlembagaan GPMS dan tidak akan sama sekali membelakangi saranan daripada pihak ROY. Dengan itu, Pejabat Setiausaha Agung GPMS dalam masa terdekat akan sentiasa merujuk kepada ROY dalam mendapatkan nasihat dan saranan dalam proses GPMS mengadakan PAT dan/atau PAK dalam masa terdekat.



Khabar angin yang tersebar GPMS bergolak adalah tidak benar hanyalah prasangka orang luar. GPMS bertekad untuk meneruskan agenda memperkasakan pendidikan anak-anak Melayu selaras dengan aspirasiMalaysia Madani.



Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.

🌙 DI GALERI NUR RAUDHAH DENGAN KERJASAMA RUMAH KASIH NURUL HASANAH AMPANG DN ANITA Entertainment & Productions