💸 “PULUHAN INDIVIDU DARIPADA INDONESIA, BRUNEI DAN SINGAPURA DISYAKI DIITPU DAN DIPERDAYA DI BAWAH SKIM PELABURAN PERDAGANGAN MATA WANG FOREX DAN MENGALAMI KERUGIAN JUTAAN RINGGIT”

📄 Pihak MHO telah menerima 69 aduan pengadu-pengadu daripada Indonesia, Singapura dan Brunei berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh mereka setelah menyertai satu skim pelaburan perdagangan mata wang forex yang ditawarkan oleh sebuah syarikat. Anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para pengadu ini adalah sebanyak RM 38,080,425.00. Skim pelaburan yang dianjurkan oleh syarikat tersebut adalah berkenaan dengan satu skim pelaburan matawang forex. Konsep dan modus operandi ini melibatkan sebuah syarikat yang mana telah dilantik sebagai broker pelaburan dan broker tersebut merupakan pihak yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat.
📝Broker tersebut melantik sebuah persatuan (“union”) sebagai agensi pemasaran untuk mempromosikan skim-skim pelaburan tersebut. Pelaburan matawang forex tersebut diuruskan oleh sebuah syarikat yang lain. Sebagai makluman, bagi menguruskan pelaburan tersebut, seorang warganegara Rusia telah dilantik sebagai “fund manager”.
📝Selepas mendengar penerangan dan representasi mengenai skim pelaburan yang diberikan oleh individu yang disyaki agen kepada syarikat tersebut, para pengadu telah tertarik dan berminat untuk menyertai skim pelaburan perdagangan matawang forex. Mereka juga telah membuat pembayaran pelaburan bagi skim pelaburan itu. Namun begitu, MHO mengesyaki bahawa tawaran-tawaran program skim pelaburan adalah tidak sah dari segi undang-undang kerana syarikat-syarikat tersebut gagal dan tidak mematuhi kepada undang-undang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawalselia syarikat-syarikat pelaburan di Malaysia ini.
📝 MHO berpendapat bahawa antara undang-undang berkaitan yang gagal dipatuhi oleh pihak syarikat ini adalah Akta Skim Kepentingan 2012, Akta Syarikat 2016, Capital Markets and Services Act 2007, Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993, serta Anti-money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.
📝 Oleh yang demikian, tujuan sidang media pada hari ini dilakukan adalah untuk memberikan kesedaran serta memberikan perkembangan semasa terhadap penipuan dan pemerdayaan yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang menawarkan satu program skim pelaburan ini kepada masyarakat umum. Ianya juga adalah supaya masyarakat umum yang lain sedar akan modus operandi dan cara penipuan dan pemerdayaan yang dilakukan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab ini.
Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO)
🙋🏻♂️ Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) adalah sebuah organisasi yang diasaskan atas dasar ingin membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan. MHO telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak-hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek program kemanusiaan dan khidmat guaman.
Comments
Post a Comment