Posts

🌙 Kelab Sahabat Najib 87 mengadakan 🍽️ Majlis Iftar di Restoran Marrakesh Jalan Raja Uda, Kuala Lumpur

Image
Kelab sahabat Najib 87 adalah rakan seperjuangan & mengingati jasa Perdana Menteri ke 6 Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak sepanjang berkecimpung dalam arena pollitik Malaysia. Di kenali dengan nama kelab sahabat Najib 87 kerana majoriti yang hadir pada malam iftar mengenali & mula berkhidmat bersama Najib pada tahun 1987. Kebetulan pada tahun 1987 adalah Dato' Najib memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO & Memangku Menteri Pendidikan. Boleh dikatakan kehadiran Kelab Sahabat Najib 87 ini adalah dalam linkungan sama umur Dato' Najib sendiri. Pihak penganjur telah memilih lokasi Restoran Marrakesh di Jalan Raja Uda sebagai tempat berkumpul & diadakan iftarpada 8 Ramadhan. Restoran Marrakesh ini menghidangkan menu ala Morocco istimewa. Suasana & lokasi yang strategik restoran adalah sesuai untuk kehadiran kira kira 50 tetamu kelab sahabat Najib 87. Kemudahan surau, tandas & tempat duduk adalah selesa untuk semua golongan umur. Perkongsian Ustaz perlunya me...

🛍️ Majlis Iftar Maahad Tahfiz Al Faridiyah & Penyampaian Sumbangan 🌙 Ramadhan bersama Presma

Image
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐈𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 Majlis iftar dan Sumbangan Hari Raya anjuran Mahad Tahfiz Al Faridiyah dan Presma berlangsung di tapak Mahad Tahfiz Al Faridiyah pada 7/3/25 . Seramai 2500 bakul makanan diedarkan kepada golongan yang tidak berkemampuan Majlis tahunan ini turut di taja oleh Nestle pembekal barang makanan yang terunggul di Malaysia. Dato, Ali turut berterima kasih pada kesudian media memberikan liputan Iftar   Pihak Presma sudah cuba memberikan terbaik pada ramai pengunjung di majlis Iftar Sekitar Majlis Iftar Presma turut memberikan sumbangan pada pengunjung berdaftar  

🌙🍽️ Majlis Iftar -1 Ramadhan 1446 bersama Rumah Kasih Nurul Hasanah & KAYM

Image
  🏡Rumah  Kasih Nurul Hasanah menyambut Majlis Iftar 1 Ramadhan 1446 bersama anak yatim & ahli keluarga KAYM di Ampang, Kuala Lumpur. Seramai lebih 50 orang telh hadir untuk berbuka, solat tarawikh & menerima sumbangan di Rumah Kasih Nurul Hasanah. Ucapan bersama anak yatim KAYM sempena majlis sambutan iftar di Rumah Kasih Nurul Hasanah Pada permulaan majlis Ustaz Zawawi memimpin anak anak yatim & ahli keluarga KAYM berzikir & tazkirah Ramadhan. Tazkirah Ustaz Zawawi adalah berkisar tentang amalan & penghayatan Ramadhan selama sebulan. Kesedaran ini adalah baik persediaan awal pada awal Ramadhan. Penerangan ringkas kerjasama Rumah Kasih Nurul Hasanah bersama anak yatim KAYM KAYM adalah Kelab Pendidikan Anak Yatim Semalaysia telah di tubuhkan sejak 2006 di bawah urusan team sukarelawan Prihatin Malaysia. Berdasarkan  perangkaan  Peyatim & KPAYM sekitar tahun 2006 seramai 300 ribu orang anak yatim/piatu yang kematian ayah atau ibu di seluruh ne...

🎨 Pelancaran ASEAN Miniature Gallery Art & Collection Handcraft memaparkan 3,388 Diorama unik di Pavillion Damansara

Image
Galeri Kebudayaan WCO melalui WCO Holdings Sdn. Bhd, telah mencipta sejarah sebagai Galeri Kebudayaan pertama di ASEAN yang diiktiraf kerana memamerkan koleksi luar biasa sebanyak 3,388 diorama buatan tangan dan karya seni unik. Pengiktirafan ini bukan sahaja menubuhkan galeri tersebut sebagai pusat kebajikan seni budaya tetapi juga sebagai platform penting untuk menggalakkan keharmonian budaya di Malaysia.  Majlis turut melibatkan penyerahan sijil ini melibatkan ASEAN Book of Record (ABR) sebagai Galeri Kebudayaan pertama ASEAN memamerkan 3,388 diorama buatan tangan dan karya seni unik untuk memelihara Kebajikan dan menggalakkan keharmonian budaya atau “ASEAN'S First Cultural Gallery Showcasing 3,388 Hnadcrafted Diorama & Unique Art Pieces to Preserve Heritage and Promote Cultural Height. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan juga Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz.  Majlis ini meru...

🏔️ Kejayaan Puan Seri Nisa Bakri dan rakan-rakan VVIP Hikers mendaki Gunung Kinabalu memberi inspirasi setiap impian boleh direalisasikan

Image
Pasukan VVIP Hikers (very very inspiring people) telah melakukan misi mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu menjadi mimpi ramai rakyat Malaysia .Ramai yang memasang azam untuk mendaki Gunung Kinabalu namun tidak ramai yang mampu merealisasikan impian mereka  tersebut. Individu yang berjaya mendaki hingga tiba di puncak Gunung Kinabalu memang dikira insan yang cukup bertuah.Dengan pelbagai rintangan dan halangan yang mampu menghalang impian tiba di puncak,hanya yang mampu bertahan hingga ke akhir pendakian sahaja yang  akan berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu ini. Pasukan VVIP Hikers (very very inspiring people) yang terdiri daripada 15 pegawai atasan Polis Diraja Malaysia  termasuk Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi , pegawai polis dari  IPD Ampang ,Puan Seri Nisa Bakri( isteri mantan Timbalan Ketua Polis  Negara TS Mohd Bakri Mohd Zinin) dan anak beliau Norjunita , serta 2 doktor  , Dr Akashah (KPJ) dan Dr Kaamani( SDMC) telah berja...

🛵 HALO DELIVERY MENYOKONG PENUH USAHA MENTERI (KESUMA)MEMBAWA USUL RUU PEKERJA GIG 2025

Image
Gelombang merah Halo Delivery datang  menyemarakkan & memberikan semangat  semasa sesi Town Hall bersama YB Menteri Sumber Manusia Steven Sim di Mitec telah dihadiri kira kira 1,000 pekerja gig berbagai platform seperti Food Panda, Grab, Shoppe & lain lain. Halo Delivery telah diasaskan pada Julai 2018  terdapat 300 kawasan servis di Malaysia. Halo adalah berkonsep servis kos rendah & terdapat lebih 13,000 agen penghantaran seluruh Malaysia. Halo menyokong & memberikan perkhidmatan pada bisnes & usahawan yang berminat mengembangkan perniagaan & produktiviti. Pengasas & tuan empunya Halo Delivery Tuan  Jalluddin Abu Hassan   telah sudi hadir ke Town Hall ini  memberikan sokongan pada pihak kerajaan berkaitan undang undang yang memberikan konsep menang menang pada syarikat e hailing & pekerja. Ini adalah satu perkara penting untuk kelangsungan industri e-hailing di Malaysia. Syarikat Halo Delivery akan sentiasa peka pada p...

🧕🏼 LKPIM PERKUKUH USAHA TINGKATKAN TARAF HIDUP WANITA MELALUI PENGHAYATAN ISLAM

Image
 🗓️ 1 6 Feb 2025  📍 Bangunan Tunku Puan Besar Kurshiah, Jalan Pantai Baharu, KL 👸🏻 Yang Teramat Mulia Dato Seri Di Raja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP. Hon.PhD.(UUM), Hon.PhD. (KUIN), Hon.PhD. (UPNM) telah sudi hadir ke mesyuarat & perjumpaan bersama Lembaga Kebajikan Perempuan lslam Malaysia (LKPIM) komited perkukuh usaha meningkatkan tarafhidup wanita melalui penghayatan Islam, selaras tujuan penubuhannya 64 tahun yang lalu. Sempena perjumpaan semula bersama ahli LKPIM selepas 15 tahun, Tunku Temenggong Kedah menitahkan agar LKPIM terus bergerak  menurut landasan yang ditetapkan dalam perlembagaan.  Gerakan massa kepimpinan ini seluruh negara yang terdiri dari 15 perhubungan negeri, 70 daerah dan 103 cawangan. Antara 15  kepimpinan LKPIM di peringkat perhubungan negeri ialah Perlis, Kedah,  Pulau Pinang, Perak, Selangor WP Kuala Lumpur. WP Putrajaya WP...