🌙🍽️ Majlis Iftar -1 Ramadhan 1446 bersama Rumah Kasih Nurul Hasanah & KAYM
🏡Rumah Kasih Nurul Hasanah menyambut Majlis Iftar 1 Ramadhan 1446 bersama anak yatim & ahli keluarga KAYM di Ampang, Kuala Lumpur. Seramai lebih 50 orang telh hadir untuk berbuka, solat tarawikh & menerima sumbangan di Rumah Kasih Nurul Hasanah.
Ucapan bersama anak yatim KAYM sempena majlis sambutan iftar di Rumah Kasih Nurul Hasanah
Pada permulaan majlis Ustaz Zawawi memimpin anak anak yatim & ahli keluarga KAYM berzikir & tazkirah Ramadhan. Tazkirah Ustaz Zawawi adalah berkisar tentang amalan & penghayatan Ramadhan selama sebulan. Kesedaran ini adalah baik persediaan awal pada awal Ramadhan.
Penerangan ringkas kerjasama Rumah Kasih Nurul Hasanah bersama anak yatim KAYM
KAYM adalah Kelab Pendidikan Anak Yatim Semalaysia telah di tubuhkan sejak 2006 di bawah urusan team sukarelawan Prihatin Malaysia. Berdasarkan perangkaan Peyatim & KPAYM sekitar tahun 2006 seramai 300 ribu orang anak yatim/piatu yang kematian ayah atau ibu di seluruh negara. Anak anak yatim ini tidak tinggal di asrama, mereka tinggal dengan ibu atau datuk nenek atau keluarga terdekat setelah kematian ayah atau ibu mereka. Mereka ini perlu di beri perhatian lebih dari Anak anak yatim yang tinggal di asrama, kerana tiada ada NGO individu atau keluarga angkat yang sentiasa melihat perkembangan pendidikan & kebajikan mereka yang masih di bawah umur.
Sumbangan pada anak yatim kehilangan ayah sejak kecil
Mewakili keluarga menerima sumbangan dari Rumah Kasih Nurul Hasanah
📝 Tugasan KPAYM
1) Mendapat database keluarga balu & mendaftarkan
2) Mendapatkan penaja bagi menaja pendidikan persekolahan & kebajikan mereka secara terus oleh penyumbang penaja tampa melalui akaun pihak ke 3
3) Penaja boleh terus Byhand kepada keluarga tersebut di mana mana rumah / tempat mereka tinggal cuma hanya perlu meminta info dari Admin Urusetia KPAYM Dan urusan pertemuan dengan keluarga tersebut akan di rekod kan oleh pihak urusetia Dan sukarelawan yang di lantik di seluruh negara.. Semua bagi tujuan keselamatan Keluarga anak anak tersebut
💻 Database KPAYM ini akan di simpan dengan selamat tanpa ada pihak ke 3
Tujuan nya Apabila di kalangan masyarat prihatin yang berdaftar sebagai penyumbang penaja juga akan buat pendaftaran bagi tujuan ke selaraskan saksama dalam agihan di negeri dan daerah masing masing
Contoh : Jika syarikat atau keluarga atau individu hendak menaja pada keluarga anak anak tersebut, mereka terus maklumkan tarikh, masa & sebahagian dengan KPAYM bagi tujuan mendapat kan wakil pihak KPAYM ada bersama mengikuti bagi membantu dalam rekod bagi pihak KPAYM. Kaedah ini bagi menyelaras mana golongan di kalangan keluarga balu anak yatim ini yang lebih perlu di dahulukan sama ada kebajikan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Semoga Urusan KPAYM ini menjadi satu platform masyarakat prihatin penyayang telus dalam menjalan kan tanggungjawab sosial masyarakat seluruh nya. Semoga Malaysia menjadi Negara yang Aman Makmur mendapat keampunan Allah.
Sumbangan dapat meringankan beban sempena ketiadaan ayah di bulan Ramadhan
Sumbangan buat ibu tunggal sempena Ramadhan meringankan beban keluarga
Comments
Post a Comment