π§πΌ LKPIM PERKUKUH USAHA TINGKATKAN TARAF HIDUP WANITA MELALUI PENGHAYATAN ISLAM
πΈπ» Yang Teramat Mulia Dato Seri Di Raja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP. Hon.PhD.(UUM), Hon.PhD. (KUIN), Hon.PhD. (UPNM) telah sudi hadir ke mesyuarat & perjumpaan bersama Lembaga Kebajikan Perempuan lslam Malaysia (LKPIM) komited perkukuh usaha meningkatkan tarafhidup wanita melalui penghayatan Islam, selaras tujuan penubuhannya 64 tahun yang lalu.
Sempena perjumpaan semula bersama ahli LKPIM selepas 15 tahun, Tunku Temenggong Kedah menitahkan agar LKPIM terus bergerak menurut landasan yang ditetapkan dalam perlembagaan. Gerakan massa kepimpinan ini seluruh negara yang terdiridari 15 perhubungan negeri, 70 daerah dan 103 cawangan. Antara 15 kepimpinan LKPIM di peringkat perhubungan negeri ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor WP Kuala Lumpur. WP Putrajaya WP Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang Kelantan, Terengganudan Sabah - Cawangan Tawau.
Komitmen & kekuatan ahli yang aktif seramai 22,150 orang ini, Tunku Temenggong Kedah yakin LKPIM dapat terus melakar sejarah yang membanggakan dalam usah menaiktaraf kehidupan wanita Islam dari aspek pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan hidup. Selaras Fasal 5 tujuan penubuhan LKPIM, terdapat 10 perkara yang harus dicapai:
Inisiatif Tahun 2025
Projek Teratak Warga Emas Inisiatif ini menawarkan persekitaran yang selesa dan berkualiti bagi warga emas yang terabai dan memerlukan tempat perlindungan. Lebih kurang RM800,000 telah berjaya dikutip hasil usaha berterusan kepimpinan LKPIM melalui majlis amal dan sumbangan orang ramai serta hasil pendapatan dari sewaan bilik Teratak Warga Emas. Hasilnya, sebuah rumah banglo satu tingkat berjaya dibeli di Sungai Petani, Kedah dan pelancarannya akan dibuat sebelum akhir tahun 2025
Penyewaan Bangunan & Bilik yang lebih selesa - Inisiatif ini menyediakan kemudahan sewa bilik yang lebih mesra pengguna di Bangunan Tunku Puan Besar Kurshiah untuk pelajar atau kaum wanita. Inisiatif ini juga merupakan salah satu sumber pendapatan LKPIM.
Bantuan Kebajikan - Tahun lalu, antara misi besar yang disertai ialah misi bantuan pasca banjir di Kedah, Kelantan dan Terengganu. LKPIM telah menghulurkan bantuan berbentuk kewangan, pakaian wanita,dan tenaga pembersihan.
Visi Lima Tahun - Kepimpinan LKPIM sedang merangka pelan strategik bagi memperkukuh peranan LKPIM dalam membela kebajikan wanita, keluarga dan masyarakat. Selain itu, kerjasama strategik juga sedang dipergiatkan dengan pelbagai pihak bagi memastikan impak program kebajikan yang dijalankan.
Yang Teramat Mulia Dato Seri Di Raja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz menyokong & meminta terutama warga wanita berusia mengambil vaksin influenza
Dengan bantuan liputan media yang meluas, LKPIM berharap usaha ini dapat menarik lebih ramai rakan strategik, termasuk agensi kerajaan, syarikat korporat, serta individu prihatin yang ingin turut serta dalam usaha membantu masyarakat.
Sebagai sejarah, LKPIM diasaskan oleh Yang Maha Mulia Almarhumah Tunku Puan Besar Kursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Permaisuri Agong yang pertama di Malaysia pada 17 Oktober 1961 dan Yang Dipertuanya Teramat Mulia Dato Seri Di Raja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP. Hon.PhD.(UUM), Hon.PhD. (KUIN), Hon.PhD. (UPNM).,
Comments
Post a Comment