🌙 Kelab Sahabat Najib 87 mengadakan 🍽️ Majlis Iftar di Restoran Marrakesh Jalan Raja Uda, Kuala Lumpur
Kelab sahabat Najib 87 adalah rakan seperjuangan & mengingati jasa Perdana Menteri ke 6 Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak sepanjang berkecimpung dalam arena pollitik Malaysia. Di kenali dengan nama kelab sahabat Najib 87 kerana majoriti yang hadir pada malam iftar mengenali & mula berkhidmat bersama Najib pada tahun 1987. Kebetulan pada tahun 1987 adalah Dato' Najib memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO & Memangku Menteri Pendidikan. Boleh dikatakan kehadiran Kelab Sahabat Najib 87 ini adalah dalam linkungan sama umur Dato' Najib sendiri.
Pihak penganjur telah memilih lokasi Restoran Marrakesh di Jalan Raja Uda sebagai tempat berkumpul & diadakan iftarpada 8 Ramadhan. Restoran Marrakesh ini menghidangkan menu ala Morocco istimewa. Suasana & lokasi yang strategik restoran adalah sesuai untuk kehadiran kira kira 50 tetamu kelab sahabat Najib 87. Kemudahan surau, tandas & tempat duduk adalah selesa untuk semua golongan umur.
Perkongsian Ustaz perlunya menagamalkan nilai nilai murni & melakukan ibadah mengikut kemampuan
Semua pihak mengeluarkan tafsiran agama wajib di teliti bukan saja pemerintah tapi orang awam
Selain itu, ustaz turut menyentuh segolongan yang hanya berpendapat kumpulannya saja faham & amalkan Islam tapi seolah olah menolak golongan tidak bersama & setuju dengan mereka. Fahaman fanatik & taksub pada fahaman & pendapat orang tertentu telah menyebabkan masyarakat berpecah belah & hilang kesatuan. Inilah apa yang berlaku pada nasib politik & masyarakat Malaysia selepas PRU 15.
Kelab Sahabat Najib 87 antara lain masih mengharapkan keadaan lebih baik buat bekas Perdana Menteri kita & semoga Dato' Najib dapat dibebaskan dari hukuman penjara & diberikan pengadilan sepatutnya. Jasa & pengorbanan beliau sejak dari menjadi menjawat Menteri Besar Pahang sehingga Perdana Menteri ke 6 seharusnya di kenang & diingati generasi masa kini.
Selepas tazkirah, semua hadirin membaca doa makan & berbuka puasa bersama sama dgn menu ala Arab Morocco.
Beberapa rakan seperjuangan & jawatan tak kira dari UMNO, kerajaan, GLC & mana mana pernah mengenali & berkhidmat dengan Dato' Najib sanggup hadir dari seluruh negara. Semua Kelab Sahabat Najib 87 yang hadir adalah pernah menjawat jawatan penting negara sama ada bergelar Dato', Prof, agamawan, usahawan, politik & lain lain. Ini menunjukkan kejayaan Dato' Najib sepanjang dalam bidang parti UMNO & kerajaan telah berjaya melahirkan golongan berjaya & berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
Kesudiaan tetamu Tuan Shahbudin Embun, Haji Naseron ismail, Prof Madya Dato Baharuddin Aziz, Dato Sri Abdul Rahman, Dato Zainal, Dato Wan A'sari ,Dr Nik , Hj Fathir, Datuk Kamarudin Ahmad, Haji Osman , Haji Sharif, Datuk Abd Rahman Palil, Dato' Abdul Rasid, Dato' Zaaba Aman,Datuk Nasarudin Hashim, Dato Mokhtar Samat, Mustapha Mansor, Mejar Razali, Tarmizi Ahmad, Zahaini Othman, Prof Ts Log Dr Othman Ibrahim, Nordin Abdul Malek, Mohd Azrul Abu Hassan, Datuk Hj Mustapha Yaakub, Afiza Ahmad dan tetamu terhormat yang lain amatlah dihargai
Amalan puasa turut di amalkan oleh agama lain kerana kebaikan rohani & jasmani pada manusia
Jasa & pengorbanan Dato' Najib ini menyebabkan Kelab Sahabat Najib 87 wajar dikekalkan untuk selagi hayat di kandung badan ukhuwah bersama rakan rakan. Semoga berjumpa lagi Kelab Sahabat Najib 87 pada pertemuan & majlis akan datang. Selamat Ramadhan 1446 Hijrah.
Comments
Post a Comment