๐ Malaysia Perlu Bangunkan ๐ฆพ Tenaga Mahir ICT untuk Menyokong Ekonomi AI
๐ฐ KUALA LUMPUR, 21 Julai 2026
Pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI), pusat data hiperskala dan pengkomputeran awan di Malaysia menuntut pembangunan bakat tempatan yang mampu memenuhi keperluan industri ICT yang semakin kompleks. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, menegaskan bahawa kejayaan ekonomi digital bergantung kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dapat mereka bentuk, membangunkan dan menyelenggara infrastruktur digital negara.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan BICSI Southeast Asia Conference & Exhibition Malaysia 2026 di Sunway Resort Hotel, yang bertemakan “Memajukan Infrastruktur ICT Demi Masa Depan Terhubung AI.” Persidangan dua hari itu menghimpunkan pemain industri, jurutera, perunding dan penggubal dasar dari seluruh Asia Tenggara.
Malaysia kini menarik pelaburan besar dalam sektor AI dan ICT — lebih RM92.8 bilion diluluskan pada suku pertama 2026, termasuk RM38.9 bilion dalam sektor ICT. Kapasiti pusat data negara dijangka melepasi 4,000MW selepas 2026, menandakan keperluan mendesak terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan pusat data, keselamatan siber dan infrastruktur awan.
Kajian TalentCorp menunjukkan 697,000 pekerja berisiko mengalami peralihan pekerjaan akibat automasi dalam tempoh tiga hingga lima tahun, menjadikan latihan semula dan peningkatan kemahiran sebagai keutamaan nasional.
Persidangan ini dianjurkan oleh Tecnoviq Learning Academy Sdn Bhd (TECLA) di bawah lesen affiliate eksklusif BICSI, dengan sokongan Global Creative & Media Agency (GCMA) serta rakan strategik seperti MDEC, Invest Selangor, Sidec dan Cyberview.
Pengarah BICSI Southeast Asia Affiliate, Mary Elizabeth Cheng, berkata Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk menjadi tuan rumah persidangan tersebut berikutan pertumbuhan pesat negara dalam sektor AI, pusat data hiperskala, pengkomputeran awan dan kesalinghubungan digital & menekankan kepentingan piawaian antarabangsa dan pensijilan profesional
“Dengan Asia Tenggara, khususnya Malaysia, terus menyaksikan pertumbuhan pesat dalam AI, pusat data hiperskala, pengkomputeran awan dan kesalinghubungan digital, keperluan terhadap piawaian antarabangsa, latihan berkualiti serta pensijilan profesional tidak pernah menjadi sepenting ini,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif BICSI, John H. Daniels, pula menegaskan bahawa kekuatan sesebuah hab infrastruktur digital bukan hanya bergantung kepada jumlah kemudahan yang dibina, tetapi juga kepada keupayaan tenaga kerja yang menguruskannya serta kekuatan hab digital bergantung kepada tenaga kerja yang berintegriti dan berkelayakan.
“Infrastruktur yang boleh dipercayai tidak terhasil secara kebetulan. Ia dibangunkan oleh tenaga kerja berkelayakan yang menggunakan kaedah terbukti, melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta memberi tumpuan kepada komuniti dan perniagaan yang bergantung kepada sistem berhubung setiap hari,” ujarnya.
Persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Tecnoviq Learning Academy Sdn Bhd (TECLA) di bawah lesen affiliate eksklusif daripada BICSI, dengan sokongan Global Creative & Media Agency (GCMA). Ia turut mendapat kerjasama strategik daripada KESUMA, MDEC, Invest Selangor, Sidec, dan Cyberview, serta sokongan pertubuhan industri seperti SME Malaysia, PIKOM, dan MDCC.
Sepanjang penganjuran, persidangan menampilkan pembentangan utama, forum pakar dan sesi jaringan yang merangkumi pelbagai aspek infrastruktur digital termasuk teknologi gentian optik termaju, pengkabelan berstruktur, penyejukan cecair, pengkomputeran edge, bangunan pintar, keselamatan siber dan reka bentuk pusat data mampan.
Untuk maklumat lanjut, layari bicsi-sea.org.

Comments
Post a Comment