๐ฐ United Nine Creative Tandatangani Perjanjian Persefahaman dengan TFP Solution Berhad Bagi Memperkasa Industri Kreatif Digital
๐ KUALA LUMPUR ๐️03 December 2025
Pengarah Urusan merangkap Penerbit Filem United Nine Creative Sdn. Bhd., Dato’ Mohd Rosdi Shair, hari ini menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama MBP Solutions Sdn.Bhd (Sykt milik penuh TFP Bhd) bagi memperkukuh kolaborasi strategik dalam pembangunan serta pemodenan industri kreatif negara melalui transformasi digital.
Persefahaman ini, MBP Solution Sdn.Bhd menunjukkan minat untuk membekalkan produk dan perkhidmatan Fintech mudah alih (mobile Fintech), dompet digital (digital wallet), serta sistem sokongan pembayaran pintar yang dapat digunakan oleh semua ahli Nine Flix. Langkah ini dijangka membuka lembaran baharu dalam cara penggiat seni menerima bayaran, mengurus royalti, dan menjana keuntungan secara langsung daripada pengguna dan peminat.
๐ฐPerancangan Masa Depan Sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang, United Nine Creative merancang untuk:
1. Menubuhkan Akademi Kreatif Digital Nine Flix, yang akan berfungsi sebagai pusat latihan dan pembangunan bakat baharu dalam bidang penerbitan digital, penulisan skrip, serta pengurusan hak cipta menggunakan teknologi Blockchain.
2. Melancarkan aplikasi mudah alih Nine Flix menjelang suku pertama tahun 2026 bagi memudahkan karyawan memuat naik karya, menjejak prestasi tontonan, dan berinteraksi terus dengan peminat.
3. Membangunkan pasaran serantau yang melibatkan kolaborasi bersama rakan kongsi dari Indonesia, Thailand, dan Singapura bagi mewujudkan Asian Creative Blockchain Network (ACBN) – satu rangkaian yang menghubungkan seluruh pemain industri kreatif Asia Tenggara.
4. Menjalin kerjasama strategik dengan institusi kewangan dan pelabur swasta, bagi membentuk dana khas pembangunan industri kreatif digital. Dengan perancangan ini, United Nine Creative yakin bahawa Nine Flix akan menjadi platform revolusioner yang bukan sahaja mengubah cara karya dihasilkan dan dikomersialkan, tetapi juga meletakkan Malaysia sebagai peneraju utama dalam inovasi industri kreatif berasaskan teknologi Blockchain di Asia.
Comments
Post a Comment