๐ŸŒทBLOSSOM RALLY ๐Ÿ“ PICKLEBALL 2026 PLATFORM SUKAN UNTUK KOMUNITI


๐Ÿ“ฐFakta Ringkas Event

๐ŸŒท Blossom Rally Pickleball 2026 

Promosikan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memperkukuhkan semangat komuniti melalui penyertaan aktif dalam sukan

๐Ÿ—“️ 12 Julai 2026 

๐Ÿ“ Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya

✨ Penganjur: Akademi Sang Putra (ASP) 

๐Ÿ“ < 500 peserta pemain pickleball, keluarga, selebriti, pempengaruh tempatan, penaja, vendor serta komuniti sukan dari seluruh negara 

๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿ‘ฑ๐Ÿผ‍♀️ Kira-kira 70% peningkatan penyertaan golongan wanita dalam sukan pickleball yang semakin berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia

๐Ÿ“ 5 kategori pertandingan Beregu Lelaki, Beregu Wanita, Acara Berpasukan, Sponsors & Celebrity Showdown dan Husband & Wife Showdown

๐ŸŽ๐Ÿ’ฐRM14,100 menyemarakkan semangat persaingan sihat serta memberi pengiktirafan kepada para peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan.

Kehadiran barisan selebriti & pempengaruh tempatan, antaranya Elfira Loy, Dato' AC Mizal, Cik Manggis, Zahiril Adzim, Harris Annuar, Dayah Bakar, Dahlia Rizal, Ayie Floor88, Fify Azmi, Imran Aqil, Atita Haris, Dr Ahmad Idham, Sharif Zero, Aishah Azman, Safiq Rahim & ramai lagi.

Selain pertandingan di gelanggang. kemeriahan Blossom Rally diteruskan sehingga ke malam menerusi pelbagai aktiviti antara komuniti aktif dalam sukan pickleball yang diterajuฤฑ oleh Kelab Akademi Sang Putra, Kelab Pickleheads KL dan Kelab NOVA. Aktiviti-aktiviti ini mencerminkan perkembangan komuniti pickleball yang semakin aktif, inklusif dan menyatukan masyarakat melalui gaya hidup sihat dan jaringan sosial yang positif.

Program ini mendapat sokongan daripada Dental Republik sebagai penaja utama yang berkongsi aspirasi dalam memperkasakan budaya hidup sihat dan pembangunan sukan komuniti di Malaysia.

Pengarah Program Blossom Rally Pickleball 2026,  Zaim Tawfek penganjuran acara ini membuktikan bahawa sukan mampu menjadi medium penyatuan yang berkesan merentasi pelbagai lapisan masyarakat.

Mailis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penghargaan kepada semua peserta, penaja, vendor, sukarelawan, pasukan teknikal, rakan media serta pengunjung yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan Blossom Rally Pickleball 2026.



Dengan sambutan yang amat menggalakkan, Blossom Rally Pickleball dijangka terus menjadi platform sukan komuniti yang memperkukuh hubungan sosial, mempromosikan kesejahter dan menggalakkan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat



Comments

Popular posts from this blog

๐Ÿ•‹HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

๐ŸŽฏ KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN ๐Ÿน PEMANAH LELAKI & ๐Ÿน PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR

๐Ÿ“ฐ United Nine Creative Tandatangani Perjanjian Persefahaman dengan TFP Solution Berhad Bagi Memperkasa Industri Kreatif Digital