🎬 MY RAMADAN πŸ’– LOVE STORY' DRAMA VERTIKAL KISAH CINTA PENUH MAKNA SEMPENA πŸŒ™ BULAN RAMADAN

 

πŸ“ KUALA LUMPUR πŸ—“️ 9 Mac 2026- 

πŸ“° My Ramadan Love Story sebuah drama vertikal yang mengangkat kisah cinta sederhana tetapi sarat dengan nilai kemanusiaan dan keikhlasan buah tangan dari P-Circle bersama Nuansa Sdn Bhd bersempena dengan bulan Ramadan

Penerbit Nuansa, Jaya Julian, berkata, idea menghasilkan drama itu tercetus daripada detik-detik kecil masyarakat tempatan yang berlaku sepanjang Ramadan. Tambah Julian, keunikan My Ramadan Love Story terletak pada pendekatan penceritaan yang lebih tenang berbanding kebanyakan drama Ramadan yang sering menumpukan konflik besar atau emosi yang dramatik


🎬 Drama ini diilhamkan daripada detik-detik sederhana yang berlaku sepanjang Ramadan, seperti interaksi ringkas di masjid atau sekecil momen berkongsi kurma ketika berbuka puasa. Detik seperti ini mampu menyentuh hati dan merapatkan hubungan antara manusia," katanya pada majlis tayangan perdana dan berbuka puasa bersama media di Courtyard by Marriott di sini, hari ini.

🎬 Drama ini, cerita berkembang melalui detik-detik kecil yang penuh makna seperti pandangan mata, kesunyian dan perasaan yang disimpan. la mengetengahkan satu bentuk cinta yang jarang dipaparkan di layar, iaitu cinta yang berkembang dengan penuh batas, disiplin dan rasa hormat," katanya

🎬" My Ramadan Love Story tidak sama seperti klise drama lain tetapi lebih pada menyentuh hati penonton kerana kisah yang dibawakan dekat dengan kehidupan ramai orang, khususnya mengenai kesabaran, menjaga batas dalam hubungan serta kepercayaan bahawa setiap perkara berlaku pada waktunya," katanya.


πŸ“±Pada masa sama, drama ini juga menjadi sebahagian daripada usaha P-Circle mempelbagaikan penggunaan aplikasi termasuk untuk memperkasa penghasilan kandungan original tempatan yang lebih segar dan relevan dengan penonton masa kini

πŸŒ™ Majlis tayangan perdana itu turut disertai anak-anak yatim sebagai sebahagian aripada inisiatif pihak produksi dan penganjur, P-Circle, untuk berkongsi kegembiraan sempena Ramadan.


Comments

Popular posts from this blog

πŸ•‹HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

🎯 KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN 🏹 PEMANAH LELAKI & 🏹 PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR

πŸ“° United Nine Creative Tandatangani Perjanjian Persefahaman dengan TFP Solution Berhad Bagi Memperkasa Industri Kreatif Digital