๐ RAMADAN Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN Majlis Iftar di Putrajaya
๐ฐ PUTRAJAYA, 23 FEBRUARI- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini menganjurkan Mailis Iftar di Putrajaya.
Majlis ini merupakan platform tahunan bagi mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja kementerian, agensi serta para pemegang taruh di samping menghayati keberkatan bulan Ramadan yang mulia
Proaram ini turut diserikan dengan kehadiran Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan yang telah menyampaikan tazkirah selama 30 minit.
Melalui penyampaian vang rinakas dan mudah difahami beliau menjelaskan bahawa Ramadan merupakan medan terbaik untuk memperbaik diri serta membentuk peribadi yang lebih baik
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong telah menyampaikan sumbangan daripada KUSKOP dan agensi di bawahnya berjumlah RM18,000.00 kepada Rumah Bakti Al Kausar. Beliau turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM 10,000.00 serta barangan keperluan asas termasuk makanan kepada 20 orang anak-anak yatim dari rumah amal tersebut.



Comments
Post a Comment