๐Ÿ’Š๐Ÿฉบ Selangor Fokus Memperkasa Industri Kesihatan dan Nutraseutikal - Pengerusi MP Sepang Gesa Industri Terokai Pasaran Halal


Pengerusi Majlis Perbandaran Sepang, Ani Ahmad (tiga dari kanan) merasmikan majlis pembukaan kilang baharu MD SkinLab & Nutraceutical di Sepang. Dari kanan: Puan Ratna, Law Shei Film,Ani Ahmad, Chan Choon Lai, Dr Dr Fairus dan Datin Tan Pei Wen

๐Ÿ“Sepang ๐Ÿ—“️17 Januari

๐Ÿ“ฐ Pengerusi Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang), Puan Ani Ahmad, menggesa pemain industri kesihatan dan nutraseutikal agar memanfaatkan kelebihan lokasi strategik Sepang dan potensi pasaran masyarakat berbilang kaum dengan membangunkan dan menghasilkan produk halal, sekali gus memperluaskan rantaian industri halal di Sepang bagi menyokong pertumbuhan ekonomi halal tempatan.


Beliau berkata, Sepang mempunyai lokasi pelaburan yang strategik dengan kedudukan berhampiran lapangan terbang antarabangsa, rangkaian lebuh raya utama dan hab logistik. Tambahan pula, pembangunan Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS) yang bakal dilaksanakan dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, menjadikan Sepang sebagai lokasi ideal untuk pelaburan dan pengembangan pasaran.

“Industri ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan tahap kesihatan dan kualiti hidup rakyat, malah turut memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan negara melalui teknologi dan inovasi, di samping mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi,” katanya.

Turut hadir ialah Pengasas MD Health Sdn Bhd Datuk Chan Choon Lai, Pengasas Bersama, Dr. Cheerine Law Shei Film;Ketua Pegawai Operasi Datin Wennee Tan Pei Wen;wakil Ahli Parlimen Sepang Datuk Aiman Athirah,Puan Ratna Salsabella Ismail, dan wakil Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi, Dr Fairus Zana binti Mohd Rathi, Inspector Hor Ming Jai,Ketua Polis Balai Dengkil dan lain-lain.

Ani Ahmad berkata,pemilihan Selangor dan Sepang oleh MD Health sebagai lokasi pembinaan kilang pengeluaran baharu mencerminkan keyakinan tinggi terhadap iklim pelaburan negeri, serta dijangka memberi impak ekonomi positif dan peluang pekerjaan kepada Selangor dan daerah Sepang.

“Keputusan pelaburan syarikat yang mampu mencipta nilai tambah ini mengukuhkan lagi kedudukan Selangor sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan industri kesihatan dan nutraseutikal,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa MP Sepang akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyokong para pelabur dan usahawan, termasuk MD Health, melalui penyediaan persekitaran pelaburan yang kondusif dan berdaya saing, serta sokongan pemasaran menerusi agensi-agensi negeri.

Pengasas MD Health Sdn Bhd, Datuk Chan Choon Lai berkata, pembukaan kilang baharu serta penambahan barisan pengeluaran akan meningkatkan kapasiti pengeluaran secara ketara, sekali gus membolehkan syarikat meneroka pasaran antarabangsa dengan lebih agresif.

Beliau turut memaklumkan bahawa MD Health merancang untuk melaksanakan Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Bursa Nasdaq, Amerika Syarikat, pada separuh pertama tahun 2027, bagi memperkukuh pengembangan perniagaan antarabangsa dan meningkatkan keupayaan syarikat menembusi pasaran global yang lebih besar.

“Proses IPO dijangka mengambil masa lebih setahun. Kami sedang giat memastikan syarikat berada pada tahap terbaik bagi mencapai sasaran penyenaraian pada separuh pertama 2027. Walaupun ia bergantung kepada keadaan ekonomi global, kami yakin sasaran ini dapat dicapai,” katanya.


Kilang baharu tersebut bukan sekadar sebuah kemudahan pengeluaran, sebaliknya merupakan pusat bersepadu yang merangkumi inovasi, penyelidikan dan reka bentuk produk, lengkap dengan makmal R&D canggih, pasukan ahli kimia dan penyelidik berpengalaman, serta keupayaan menghasilkan produk tersuai untuk pelbagaijenama.

MD SkinLab & Nutraceutical berhasrat untuk terus memainkan peranan utama dalam industri nutraseutikal di Selangor, Malaysia dan peringkat antarabangsa, serta memanfaatkan pelaburan kilang baharu bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkukuh pembangunan rantaian bekalan tempatan.


Comments

Popular posts from this blog

๐Ÿ“ฐ Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau

๐Ÿ•‹HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

๐ŸŽฏ KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN ๐Ÿน PEMANAH LELAKI & ๐Ÿน PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR