🎈 RAIKAN KASIH ADINA ALKHAIR 2025 - Sokongan Komuniti & Harapan buat πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘§πŸ»πŸ§’πŸ» Kanak-Kanak Kanser di PKNS Shah Alam

πŸ—“️14 Disember 2025πŸ“ Kompleks PKNS Shah Alam

πŸ“°Adina Charity Circle bersinergi bersama Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam dan AlKhair Malaysia, serta sokongan padu rakan-rakan kerjasama dan komuniti setempat, telah berjaya menganjurkan program Raikan Kasih Adina Alkhair 2025. 

Program ini merupakan sebuah inisiatif kemanusiaan yang bertujuan menyokong pesakit kanser kanak-kanak melalui sumbangan keperluan asas serta sokongan emosi. 



Program yang berlangsung pada Ahad, 14 Disember 2025, dari 11.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam ini merupakan kemuncak kepada Projek Pengumpulan ‘Diapers’ untuk Kanak-Kanak Kanser (Diapers Donation Drive) yang telah dilaksanakan selama 14 hari. Jumlah keseluruhan sebanyak 407 pek lampin pakai buang berjaya dikumpulkan dan diumumkan kepada orang ramai sebagai simbol solidariti serta keprihatinan masyarakat terhadap perjuangan kanak-kanak kanser.


Antara pengisian utama program termasuk aktiviti kanak-kanak seawal jam 10.30 pagi, diikuti majlis penyampaian sumbangan lampin pakai buang dan susu bernutrisi kepada kanak-kanak kanser, serta sesi penghargaan khas kepada rakan-rakan kerjasama yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

 Program turut diserikan dengan pengisian rohani oleh Ustaz Don Daniyal, serta persembahan istimewa oleh Azan Addin, Pot Amir Innuendo dan Radhi Khalid, yang hadir menyumbang masa, bakat dan sokongan moral secara sukarela. 


Ustaz Don berharap sentiasa tidak putus beri sumbangan supaya pesakit pesakit kanser kanak kanak mendapat manfaat berpanjangan & dapat meringankan beban keluarga pesakit.


Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan kerjasama, iaitu Cinta Gaza Malaysia, Ajwa Bakery, Biofitrah, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT), Pertubuhan KAB, Yayasan EZ Prihatin, Pertubuhan Kebajikan Sedulur, Rumah Ngaji Mekah, HUMAM Relief, Merryah Kitchen, The Charms Team, Grads, Mydin Mart Seksyen 13 serta Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Kanak-kanak Kanser (Kids), selain para sukarelawan dan penyumbang individu yang telah menyumbang tenaga, kepakaran dan kepercayaan. 

Kehadiran orang ramai bersama keluarga telah memeriahkan program ini dan menyemarakkan lagi mesej harapan serta kasih sayang. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Adina Charity Circle dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara NGO, sektor perniagaan dan komuniti setempat demi kebajikan kanak-kanak yang berdepan cabaran kesihatan yang serius.

Persembahan istimewa artis jemputan bersama acara celoteh aksi senyum pesakit kanak kanak kanser menceriakan susana majlis berlangsung di PKNS Shah Alam


Setiap sumbangan, kehadiran dan doa yang diberikan membawa makna besar dalam usaha mengembalikan keceriaan dan kebahagiaan kepada kanak-kanak kanser. Untuk maklumat lanjut atau peluang kolaborasi bersama

Sila hubungi pihak Adina Charity Circle 

✉ adina.charitycircle@gmail.com 

🌐 @adinacharitycircle

🏑 Adina Charity Circle 19 Jalan Polo Air 13/57, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 

Comments

Popular posts from this blog

πŸ“° Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau

πŸ•‹HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

🎯 KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN 🏹 PEMANAH LELAKI & 🏹 PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR