🛒Kumpulan Sri Ternak luncur ST Rosyam Mart Memperkenalkan 🛍️ ‘Malaysia Selection’ &Inisiatif 💵 ‘Selamatkan Dompet Warga KL' di Jakel Square, KL
🛍️ST Rosyam Mart Jakel Square telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Bidin Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri , Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, dan Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, dan telah dihadiri oleh tetamu jemputan, rakan perniagaan, wakil media, serta orang awam
🗓️18 Disember 2025 📍 Jakel Square, KL 📰 ST Rosyam Mart mengukuhkan kedudukannya sebagai pasar raya borong Halal 24 jam paling berpengaruh dan dipercayai di Malaysia, Kumpulan Sri Ternak hari ini merasmikan peluncuran cawangan terbaharu ST Rosyam Mart di Jakel Square, Kuala Lumpur. Peluncuran ini menandakan cawangan kesembilan ST Rosyam Mart dan yang kedua di ibu kota.🛍️Cawangan ini juga merupakan yang pertama menampilkan Malaysia Selection, menampilkan snek, minuman, hadiah, dan cenderamata buatan Malaysia, mencerminkan komitmennya sebagai jenama kebanggaan Malaysia. Mempunyai keluasan lebih 40,000 kaki persegi, ST Rosyam Mart Jakel Square menampilkan reka bentuk moden dan kontemporari dengan siling tinggi, laluan yang luas serta susun atur produk yang teratur, menawarkan lebih 40,000 pilihan barangan keperluan.
🛍️ Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann dalam ucapannya semasa majlis peluncuran,berkata, “Kami amat teruja meraikan satu lagi pencapaian dengan peluncuran ST Rosyam Mart terkini di Jakel Square, Kuala Lumpur. Di Sri Ternak, matlamat kami sentiasa jelas, iaitu membantu orang ramai dan perniagaan menjimatkan wang, menjimatkan masa, demi menikmati kehidupan lebih baik.
🛍️ Kumpulan Sri Ternak berterima kasih kepada pengurusan Kumpulan Jakel atas kerjasama merealisasikan visi ini. Lokasi strategik ini membolehkan kami menyediakan keperluan harian halal dan dipercayai pada harga mampu milik, bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pelancong di bandar yang besar ini.
🛍️ Cawangan ST Rosyam Mart di Jakel Square turut memperkenalkan Celebrity Corner yang ditambah baik, menampilkan pelbagai produk berjenama selebriti daripada Datuk Chef Wan, Dato’ Seri Aliff Syukri, Dato’ Khatijah Ibrahim, Ako Mustapha, Azza Elite, Betty Rahmad, Fizo Omar, Fouziah Gous, Ab Manan, Munif Hijjaz, Nubhan, Nazia Mustafar, Khai Bahar, Datuk Rosyam Nor, dan ramai lagi. 🛍️ Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor berkata, “Hari ini ianya bukan hanya sekadar mengembangkan syarikat dengan membuka cawangan baru, ia mencerminkan tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia. Kami faham bahawa kos sara hidup di KL ini mahal, dan kami mahu menjadikan keperluan harian lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua. Dan kami serius dengan janji kami, ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’.
🛍️ Cawangan ini menawarkan lebih 20 perkhidmatan percuma, termasuk power bank percuma, air minuman percuma, perkhidmatan memotong daging, pinjaman payung, bantuan jump-start bateri kereta, pam tayar, dan banyak lagi. Kumpulan Sri Ternak terus menetapkan standard kecemerlangan sebagai pasar raya borong Halal 24 jam paling berpengaruh dan dipercayai di Malaysia. Selain berskala terbesar, ia juga berusaha menjadi penanda aras dari segi kualiti, kecekapan, inovasi, dan pengalaman pelanggan.
🛍️ ST Rosyam Mart telah menyediakan pelbagai aktiviti dan promosi bermula 17 Disember 2025 hingga 1 Januari 2026. Sebagai permulaan, pelanggan boleh mendaftar sebagai Ahli ST hanya dengan RM15 dan menikmati ayam segar seekor pada harga RM0.88. Pra-pendaftaran boleh dibuat dengan memuat turun ST Card melalui Google Play atau App Store. Ahli ST juga boleh menikmati 220 barangan runcit, termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, makanan laut beku, barangan kering, dan banyak lagi, pada harga serendah RM0.08, dengan promosi khas yang berlangsung selama dua minggu. Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan ke atas lebih 45 barangan pukal, termasuk makanan laut sejuk beku dan barangan runcit lain, pada harga mampu milik.
Mengenai Kumpulan Sri Ternak
📰 Dedikasi dan inovasi selama 46 tahun, Kumpulan Sri Ternak telah berkembang daripada permulaan pertanian sederhana menjadi rangkaian pasar raya borong terkemuka 24 jam. Didorong oleh kepimpinan generasi kedua dan diperkukuh melalui kerjasama dengan selebriti Datuk Rosyam Nor, Kumpulan ini mengendalikan sejumlah 14 cawangan; 2 Sri Ternak, 9 ST Rosyam Mart termasuk ST Rosyam Mall, dan 3 Ehsan Mart. Dengan 3,000+ orang pekerja dan disokong oleh kemudahan pemprosesan dalaman, visi Sri Ternak adalah untuk "Membantu Orang Ramai dan Perniagaan Menjimatkan Wang, Masa untuk Hidup Lebih Baik"
Mengenai ST Rosyam Mart
📰 Kumpulan Syarikat Sri Ternak pada tahun 2018 bekerjasama dengan selebriti Malaysia Datuk Rosyam Nor untuk meluncurkan ST Rosyam Mart, sebuah pasar raya borong moden 24 jam yang menawarkan produk berkualiti pada harga borong. Hari ini, jenama itu mengendalikan sembilan cawangan dan terus berinovasi dengan konsep pusat beli-belah baharunya, menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas untuk semua peringkat umur dan gaya hidup. Dengan motonya, “Berbelanja Di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat!”, ST Rosyam Mart komited untuk membeli-belah yang berpatutan, mudah, dan berkualiti tinggi, 24/7 untuk rakyat Malaysia
🌐Maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sri Ternak dan ST Rosyam Mart, layari laman web di https://www.sriternak.com/, dan platform sosial media Facebook, Instagram, dan TikTok.
Comments
Post a Comment