πŸ’ “RONA CINTA for CINTA by THE LAKE”. PAKEJ πŸ’ PERKAHWINAN SERBA LENGKAP UNTUK 🀡🏻‍♂️πŸ‘°πŸ»‍♀️ PASANGAN PENGANTIN MODEN

 

πŸ—“️ 9 November 2025
πŸ“Puchong, Selangor


πŸ“°Suatu destinasi eksklusif yang direka khas untuk meraikan detik-detik paling bermakna dalam perjalanan hidup pasangan pengantin kini tampil dengan pakej perkahwinan yang istimewa dan memukau dalam industry perkahwinan. "Cinta by The Lake", Puchong, dengan sokongan padu daripada Merindu Savior Events & Management sebagai pengurus majlis dan Lilit Pipit sebagai dekorator, bersama beberapa vendor terkemuka, telah bersatu tenaga melancarkan pakej penuh eksklusif bertajuk “Rona Cinta for Cinta by The Lake” di lokasi indah Cinta by The Lake, Puchong. 

πŸ“° Kolaborasi unggul ini menggabungkan kepakaran pengurusan ruang, pengelolaan acara, serta seni dekorasi bagi mencipta pengalaman perkahwinan yang penuh magis dan bermakna. Pakej “Rona Cinta for Cinta by The Lake” diasaskan dengan matlamat utama untuk mempersembahkan satu pakej perkahwinan impian yang lengkap dan sehalus mungkin, merangkumi perkhidmatan serta produk daripada para profesional perkahwinan yang berwibawa.



πŸ“° Inisiatif ini direka khusus bagi membantu pasangan yang bakal mendirikan mahligai cinta mereka merealisasikan majlis yang bukan sahaja sempurna, tetapi juga sarat dengan memori indah disirami panorama tasik yang tenang, langit senja menawan, serta dihiasi dengan struktur kaca (glasshouse) eksklusif yang mencipta aura serba elegan dan eksklusif. Segala perjalanan majlis dirangka dengan penuh ketelitian, agar setiap detik dirasai dengan tenang tanpa sebarang bebanan. 


πŸ“° Dengan pelancaran pakej lengkap ini di Cinta by The Lake, suasana yang memukau dan menawan hati pastinya mempersembahkan pengalaman yang berlainan dan tidak dapat dilupakan buat setiap pasangan dan tetamu yang hadir. Menurut Puan Zaza Sabran, Pengarah Urusan Merindu Savior, “Kami amat memahami betapa berharganya impian pasangan setiap insan untuk sebuah majlis yang sempurna. 

πŸ“° Dengan pelancaran pakej ini yang lengkap dan dijaga rapi, kami berhasrat meraikan impian tersebut menjadi kenyataan dalam suasana penuh keanggunan, kemewahan yang sederhana dan kenangan yang abadi.” Kolaborasi ini turut disokong oleh beberapa nama gah dalam industri, antaranya Suri Catering Events, Reka Baka, Chef Mamu Mockba, Sahara Sound & Lights, Kotak Photobooth, Cleography Studio, Live Two Production, Jerry Amir, Laiyan KL, Ole-Ole Manis, Damia Signature, Bloom It, Mykeep_Sake, Monocort Band, dan Aliff Zidane. 


πŸ“°Setiap vendor membawa sentuhan kreativiti dan profesionalisme yang tersendiri, menjadikan “Rona Cinta for Cinta by The Lake” sebuah pengalaman majlis yang penuh impak dan memperkayakan landskap perkahwinan di Cinta by The Lake, Puchong. 


 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:


 πŸ‘€ABDUL MUTALIB B. ABDUL SHUKOR 
 
πŸ“Pengurus Projek, Merindu Savior Events & Management 
☎️: +6018-2255 465 
 ✉ : hellomerindu@gmail.com 

πŸ“ MERINDU SAVIOR EVENTS & MANAGEMENT (Company No : 003422823-K) 
 41, Jalan SG 10/4, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur. hellomerindu@gmail.com +6018-395 8712

Comments

Popular posts from this blog

πŸ“° Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau

πŸ•‹HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

🎯 KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN 🏹 PEMANAH LELAKI & 🏹 PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR