🛒MYDIN PERKASA PRODUK TEMPATAN MELALUI KEMPEN “LOKAL LAGI

📍SELANGOR 🗓️ 20 N0VEMBER 2025: 

                                         

📰Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) meneruskan komitmen memartabatkan produk buatan Malaysia dengan melancarkan kempen ‘Lokal Lagi Gempak’ bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 melalui kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


Majlis Perasmian Mydin kempen ‘Lokal Lagi Gempak’ bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025. Kempen ini menampilkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik bagi menggalakkan pengguna membeli barangan tempatan selain memperkukuh kedudukan usahawan tempatan di pasaran runcit.


Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh di MYDIN Subang Jaya.

Kerajaan memperuntukkan RM 20 juta bagi menyokong promosi beli barangan Malaysia & pengusaha tempatan

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, berkata usaha memperkasakan produk tempatan menjadi sebahagian daripada keutamaan perniagaan syarikat sejak sekian lama.

Mydin mahu kerajaan secara serius promosi produk tempatan & garis panduan jualan produk tempatan. 

“Kami memberi peluang sama rata kepada semua usahawan tempatan tanpa mengira saiz perniagaan. Yang penting adalah kualiti produk dan kemampuan memenuhi permintaan pelanggan. Tahun ini kami menganggarkan peningkatan jualan sebanyak 15% bagi produk tempatan khususnya IKS dan PMKS, ” katanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen, Karnival Jualan ‘Lokal Lagi Gempak’ berlangsung di MYDIN USJ mulai 20 hingga 23 November 2025, dengan penyertaan pelbagai usahawan tempatan yang mempamer dan menjual produk mereka terus kepada pengguna. MYDIN turut menyerahkan Sijil Penghargaan Usahawan Tempatan 2025 bagi memberi pengiktirafan kepada rakan pembekal tempatan baharu yang berjaya memasarkan produk mereka di rangkaian MYDIN.


Kempen ‘Lokal Lagi Gempak’ berlangsung di semua cawangan MYDIN seluruh negara sehingga 31 Disember 2025. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia.

Mengenai MYDIN Malaysia

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) merupakan rangkaian pemborong dan peruncitan terbesar tempatan yang beroperasi sejak Ogos 1957. Dengan slogan Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal bagi membekalkan pelbagai pilihan produk berkualiti yang berorientasikan polisi harga borong setiap hari. MYDIN kini mempunyai 71 cawangan seluruh negara melibatkan tujuh format perniagaan. Layari laman sesawang rasmi www.mydin.my untuk maklumat lanjut.

Disediakan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat
Mydin Mohamed Holdings Berhad

Sebarang pertanyaan media: Ashraf Roslan : 010 982 2581

Comments

Popular posts from this blog

📰 Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau

🕋HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

🎯 KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN 🏹 PEMANAH LELAKI & 🏹 PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR