🏦 MBSB BANK LAKAR SEJARAH DENGAN KERJASAMA WISE PERKENAL PERKHIDMATAN GLOBAL EASY TRANSFER
Dengan pelancaran ini, MBSB Bank menjadi bank pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Wise Platform, iaitu infrastruktur global yang digunakan oleh bank dan perusahaan di seluruh dunia. Melalui integrasi ini, pelanggan kini boleh menghantar wang ke luar negara dengan lebih mudah, pantas dan telus terus dari aplikasi perbankan runcit M Journey.
Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB Bank, Usman Ghouse, menambah, “Menghantar wang tidak sepatutnya rumit. GET direka khas untuk menyelesaikan aduan utama pelanggan – kelewatan yang melampau, caj tersembunyi, dan kurang ketelusan. Kerjasama dengan Wise Platform ini membolehkan kami menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia.”Gobind Singh Deo memastikan dasar & teknologi baru memberikan impaks positif & secara terus pada perubahan pada rakyat Malaysia
Perkhidmatan GET diwujudkan bagi mengatasi masalah yang sekian lama membebankan rakyat Malaysia seperti caj tersembunyi, masa pemprosesan yang lambat, kadar pertukaran tidak jelas, dan kekurangan ketelusan dalam proses pemindahan. Fasa pertama menawarkan kiriman wang ke 12 mata wang utama, termasuk Dolar Amerika (USD), Pound Sterling (GBP), Euro (EUR), Dolar Singapura (SGD), Rupiah Indonesia (IDR), Dolar Australia (AUD) dan banyak lagi.
Semua transaksi disertakan dengan ciri yang membolehkan pemantauan setiap masa, kadar tukaran wang yang kompetitif, serta jaminan tiada caj tersembunyi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Rafe Haneef, berkata, “Melalui GET, kami memberi keyakinan kepada keluarga, golongan profesional dan pemilik perniagaan untukb menghantar wang ke luar negara dengan jelas, berapa jumlah yang akan diterima dan bila ia akan sampai, mencerminkan inovasi kami yang mementingkan pelanggan.”
Pemindahan wang melalui GET adalah segera atau pada hari yang sama, bergantung kepada destinasi, dan boleh dijejaki dari awal hingga akhir seumpama menjejaki penghantaran bungkusan.
Dengan lebih 55,000 rakyat Malaysia menuntut di luar negara seperti di Australia, UK dan Amerika Syarikat, kiriman wang ke luar negara kini menjadi keperluan harian. Sama ada untuk yuran pengajian, penginapan, elaun sara hidup atau kecemasan, GET menawarkan cara yang lebih pantas, jelas dan dipercayai untuk menyokong insan tersayang.
Sementara itu, Pengurus Besar APAC Wise Platform, Samarth Bansal, berkata, “Kerjasama ini adalah pencapaian penting buat Wise iaitu kolaborasi pertama kami di Malaysia. Dengan MBSB Bank, lebih 22 juta individu di Malaysia kini boleh menghantar wang dengan pantas, selamat, telus dan mudah. Komitmen MBSB Bank terhadap ketelusan dan inovasi selaras dengan misi kami menjadikan pembayaran antarabangsa semudah dan sepraktikal mungkin. Bersama-sama, kami menetapkan penanda aras baharu bagi pembayaran rentas sempadan dalam industri perbankan tempatan.”
Dengan hanya beberapa sentuhan dalam aplikasi M Journey, pelanggan boleh menikmati pemindahan wang antarabangsa yang:● Boleh dipantau setiap masa
● Harga telus tanpa caj tersembunyi
● Penghantaran segera atau pada hari sama
● Disokong oleh infrastruktur global yang dipercayai
● Tiada caj pemindahan sepanjang tempoh promosi pengenalan
● Had transaksi harian sehingga RM100,000
luar negara boleh dilakukan serta-merta dengan kadar kompetitif.
For media enquiries, please contact / Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Norsiah Juriani Johari
Group Head
Group Communications & Marketing Department
Group Corporate Strategy
MBSB Berhad
Level 9, Menara MBSB Bank
PJ Sentral, Lot 12,
Persiaran Barat, Seksyen 52
46200 Petaling Jaya, Selangor
E: norsiah.johari@mbsbbank.com
T: +6012 900 1907
Muhammad Alhafiz Sajahan
PR Officer
Group Communications & Marketing Department
Group Corporate Strategy
MBSB Berhad
Level 9, Menara MBSB Bank
PJ Sentral, Lot 12,
Persiaran Barat, Seksyen 52
46200 Petaling Jaya, Selangor
E: alhafiz.sajahan@mbsbbank.com
T: +6011 2723 0300
Wise Payments Malaysia Sdn. Bhd.
WORQ Menara UOA Bangsar
5, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
E: press@wise.com
Mengenai MBSB Berhad
MBSB (dahulu dikenali sebagai Malaysia Building Society Berhad) telah menjadi penyumbang penting kepada industri perkhidmatan kewangan negara dan pembangunan ekonomi selama lebih 70 tahun. MBSB juga merupakan syarikat pemegangan kewangan bagi MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF). MBSB Bank adalah sebuah bank Islam yang progresif yang menawarkan kemudahan perbankan patuh Syariah kepada pelanggan runcit, PKS, dan korporat, manakala MIDF adalah penyedia perkhidmatan kewangan yang memberi tumpuan kepada perbankan pelaburan, kewangan pembangunan, dan pengurusan aset.
Mengenai Wise Platfom
Wise ialah syarikat teknologi global yang memperkenalkan cara terbaik untuk memindahkan dan mengurus wang di seluruh dunia. Sepanjang sedekad yang lalu, Wise telah membina rangkaian baharu sepenuhnya bagi pergerakan wang antarabangsa.
Menerusi Wise Platform, bank dan syarikat besar boleh memanfaatkan teknologi Wise dan menyepadukan kaedah terbaik untuk menghantar, menerima serta mengurus wang merentas sempadan ke dalam infrastruktur sedia ada mereka. Denganrangkaian rakan kongsi global yang pelbagai, Wise Platform membantu bank dan perniagaan menjimatkan masa dan kos dengan membolehkan mereka menawarkan pembayaran rentas sempadan yang pantas, berkesan kos, telus dan mudah kepada pelanggan.





Comments
Post a Comment