๐ค MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM BANTUAN AWAL IPTA & PTS DAN SKIM KHAIRAT KEMATLAN YWP 2025
๐KUALA LUMPUR ๐️20 Ogos 2025-
๐ฐ Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal IPTA & IPTS dan Skim Khairat Kematian YWP 2025, bertempat di Dewan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh YBrs Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP bersama YBrs Puan Nur Jalilah Md. Joha, Pengurus K awasan Pejabat Cawangan Titiwangsa selaku wakil Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
๐ฐ Majlis ni bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan masyarakat Wilayah Persekutuan, khususnya pelajar berpendapatan rendah yang melanjutkan pengajian ke universiti serta keluarga yang berdepan ujian kematian.
Skim Khairat Kematian pula bertujuan menyantuni keluarga yang kehilangan ahli tersayang dengan sumbangan tunai segera bagi membantu mengurangkan beban kewangan asas.
๐ฐSkim Bantuan Awal IPTA & IPTS diwujudkan sejak 2014 sebagai sokongan awal kewangan berbentuk one-off sebanyak RM700 untuk setiap pelajar. Sehingga kini, lebih RM3.4 juta telah disalurkan kepada 5,291 pelajar dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
๐ฐSelaras dengan visi YWP, inisiatifini menunjukkan komitmen berterusan untuk memperkasa masyarakat melalui pendidikan dan kebajikan, serta memastikan dana diagihkan dengan telus dan saksama kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
๐ฐYWP turut merakamkan penghargaan kepada DBKL, rakan korporat, NGO serta individu penyumbang yang terus mendukung program ini. Sokongan kolektif ini membuktikan bahawa kesejahteraan masyarakat hanya boleh dicapai melalui kerjasama pelbagai pihak.



Comments
Post a Comment