πŸ› ️πŸ₯‹πŸ“° AKADEMI KEMAHIRAN YAYASAN BASMI KEMISKINAN (AKYBK), AKADEMI PERSILATAN SEDUNIA (APS), KARISMA EMPIRE ASSOCIATES SDN BHD (KEASB) DAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM) JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PENDIDIKAN TVET DAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA


πŸ“ KELANA JAYA  πŸ—“️13 Ogos 2025 - 

πŸ“° Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menjadi saksi pemeteraian Letter of Intent (LOI) antara empat institusi, iaitu Akademi Kemahiran YBK (AKYBK), Akademi Persilatan Sedunia (APS), Karisma Empire Associates Sdn. Bhd. (KEASB) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majlis ini menandakan permulaan kerjasama strategik dalam memperkukuh pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET), pembangunan modal insan serta memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat, khususnya golongan belia.

πŸ“ AKYBK merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh YBK yang buat masa ini menawarkan kursus Pendawai Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian PW2 yang diiktiraf Suruhanjaya Tenaga (ST) selaras dengan keperluan pasaran kerja semasa. APS pula adalah institusi yang memartabatkan seni silat di peringkat global dan kini turut mengintegrasikan elemen kemahiran teknikal dalam pembangunan belia. KEASB berperanan sebagai penyedia latihan kemahiran tinggi yang memfokuskan pembangunan modal insan berkualiti, manakala UTeM adalah universiti awam teknikal pertama di Malaysia yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan TVET.

πŸ“Kerjasama ini akan merangkumi pelaksanaan program persijilan profesional, latihan teknikal, pembangunan akademik dan kolaborasi industri dalam bidang strategik termasuk elektrik, tenaga dan teknologi. Usaha ini juga seiring dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk memperkasa TVET sebagai pemacu utama pembangunan negara, meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan, serta menyediakan laluan kerjaya yang lebih luas kepada belia.

πŸ“ Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, dan dihadiri oleh Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengarah APS, Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman; Pengerusi Bahagian Kemahiran Tinggi & Pendidikan KEASB, Datin Dr. Norli Hj. Alias; Timbalan Naib Canselor & Ahli Lembaga Pengarah APS, YBhg. Dato' Professor Dr. Haji Mohamed Nasir bin Haji Saludin; serta Pensyarah Kanan UTeM, Ts. Dr. Mohd Hatta bin Jopri.

πŸ“Termeterainya LOI ini, semua pihak komited untuk berganding bahu memperkukuh ekosistem pendidikan kemahiran negara dan menyokong aspirasi Malaysia MADANI dalam membasmi kemiskinan melalui ilmu, latihan teknikal dan pembangunan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri.


🏒 YAYASAN BASMI KEMISKINAN No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03 7875 0036 Web: www.ybk.org.my


Comments

Popular posts from this blog

πŸ’Έ (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

πŸ›΅ HALO DELIVERY MENYOKONG PENUH USAHA MENTERI (KESUMA)MEMBAWA USUL RUU PEKERJA GIG 2025