Posts

Showing posts from August, 2025

🎈SELBIZ 2025 KEMBALI DENGAN TEMA FESTIVAL INOVASI - Kehadiran artis popular hangatkan pentas Konsert SELBIZ 2025 PKNS

Image
📍SACC SHAH ALAM  🗓️ 28 Ogos 2025  Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) kembali dengan edisi keempat yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagi edisi tahun ini, KRU Studios Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara rasmi. Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), penganjuran kali ini dijangka lebih meriah dengan pengisian pelbagai program strategik dan hiburan berkualiti tinggi.  "Bertemakan Festival Inovasi dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang, kami berharap SELBIZ 2025 akan menarik minat kehadiran lebih ramai pengunjung di samping menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam memajukan perniagaan PMKS," ujar beliau semasa ditemui pada Sidang Media SELBIZ. Pada tahun lalu, SELBIZ telah mencatatkan kejayaan besar dengan kehadiran lebih 36,000 pengunjung, penyertaan 200 usahawan, dengan hasiljualan melebihi RM3.55 juta. Menurut Pengurus Pembanguna...

🏦 MBSB BANK LAKAR SEJARAH DENGAN KERJASAMA WISE PERKENAL PERKHIDMATAN GLOBAL EASY TRANSFER

Image
  📍PETALING JAYA  🗓️  28 Ogos 2025  MBSB Bank Berhad hari ini melancarkan GET – Global  Easy Transfer, sebuah perkhidmatan kiriman wang antarabangsa baharu yang  dibangunkan melalui kerjasama dengan Wise, syarikat teknologi global yang terkemuka  dalam pembayaran rentas sempadan. Dengan pelancaran ini, MBSB Bank menjadi bank pertama di Malaysia yang bekerjasama  dengan Wise Platform, iaitu infrastruktur global yang digunakan oleh bank dan  perusahaan di seluruh dunia. Melalui integrasi ini, pelanggan kini boleh menghantar wang  ke luar negara dengan lebih mudah, pantas dan telus terus dari aplikasi perbankan runcit  M Journey. Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB Bank, Usman Ghouse,  menambah, “Menghantar wang tidak sepatutnya rumit. GET direka khas untuk  menyelesaikan aduan utama pelanggan – kelewatan yang melampau, caj tersembunyi,  dan kurang ketelusan. Kerjasama dengan Wise Platform ini membolehkan ka...

🤝 MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM BANTUAN AWAL IPTA & PTS DAN SKIM KHAIRAT KEMATLAN YWP 2025

Image
📍 KUALA LUMPUR   🗓️ 20 Ogos 2025-  📰  Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal IPTA & IPTS dan Skim Khairat Kematian YWP 2025, bertempat di Dewan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh YBrs Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP bersama YBrs Puan Nur Jalilah Md. Joha, Pengurus K awasan Pejabat Cawangan Titiwangsa selaku wakil Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 📰  Majlis ni bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan masyarakat Wilayah Persekutuan, khususnya pelajar berpendapatan rendah yang melanjutkan pengajian ke universiti serta keluarga yang berdepan ujian kematian. Skim Khairat Kematian pula bertujuan menyantuni keluarga yang kehilangan ahli tersayang dengan sumbangan tunai segera bagi membantu mengurangkan beban kewangan asas. 📰Pada tahun ini, sejumlah RM70,300.00 telah...

🛠️🥋📰 AKADEMI KEMAHIRAN YAYASAN BASMI KEMISKINAN (AKYBK), AKADEMI PERSILATAN SEDUNIA (APS), KARISMA EMPIRE ASSOCIATES SDN BHD (KEASB) DAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM) JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PENDIDIKAN TVET DAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA

Image
📍 KELANA JAYA  🗓️13 Ogos 2025 -  📰 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menjadi saksi pemeteraian Letter of Intent (LOI) antara empat institusi, iaitu Akademi Kemahiran YBK (AKYBK), Akademi Persilatan Sedunia (APS), Karisma Empire Associates Sdn. Bhd. (KEASB) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majlis ini menandakan permulaan kerjasama strategik dalam memperkukuh pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET), pembangunan modal insan serta memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat, khususnya golongan belia. 📝 AKYBK merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh YBK yang buat masa ini menawarkan kursus Pendawai Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian PW2 yang diiktiraf Suruhanjaya Tenaga (ST) selaras dengan keperluan pasaran kerja semasa. APS pula adalah institusi yang memartabatkan seni silat di peringkat global dan kini turut mengintegrasikan elemen kemahiran teknikal dalam pembangunan belia. KEASB berperanan sebagai penyedia l...

🦣🦖 🐅🌳 Wetland Studios Putrajaya ialah taman tema edutainment dalaman dipacu teknologi unik yang mempromosikan kesedaran alam sekitar dan pemuliharaan hidupan liar

Image
  🌿✨ Selamat datang ke Wetland Studios Putrajaya – taman edutainment pertama di Malaysia yang menggabungkan keajaiban tanah lembap, hidupan liar, dan pemuliharaan! Diasaskan oleh Dato’ Norman Abdul Halim, destinasi unik ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan pameran interaktif, pengembaraan menarik, dan pengalaman mendekati alam semula jadi. 🌏🐊🦜🔍 Teroka. 🦖 Temui. 🎉 Seronok! 📍 Jom lawati hari ini dan alami keunikan tanah lembap dengan cara yang luar biasa! Get your tickets now at www.wetlandstudios.com 🎟 ️ Dapatkan tiket anda sekarang di www.wetlandstudios.com 🎟 ️ #WetlandStudiosPutrajaya #Putrajaya #Wetland #Nature #PerbadananPutrajaya #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #TourismMalaysia #Rimba

🍃 Kruniverse Bekerjasama Dengan Unity Trust Berhad Bagi Perniagaan Hospitaliti Bernilai RM50 Juta di Lembah Klang

Image
📍 Putrajaya 🗓️ 12 Ogos 2025  📰 Kumpulan Syarikat KRU, melalui Kruniverse Sdn Bhd ("Kruniverse"), mengumumkan kerjasama strategik bersama Unity Trust Berhad bagi memacu pengembangan cabang perniagaan hospitaliti dan gaya hidup di Shah Alam dan Klang. Visi jangka panjang  Kruniverse untuk menjadi peneraju serantau dalam industri pelancongan berteraskan iburan dan teknologi, Kruniverse akan menerajui pembangunan beberapa projek utama di lokasi strategik dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta para pemegang taruh. 📰 "Kerjasama dengan Unity Trust Berhad menandakan pencapaian penting dalam perjalanan kami untuk mengembangkan operasi sambil mengekalkan standard tadbir urus tertinggi. Matlamat kami bukan sahaja untuk meningkatkan pengalaman pengunjung, tetapi juga membina ekosistem mampan yang memperkasakan perniagaan dan komuniti tempatan," kata Dato' Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Corp Sdn Bhd. 📰 "Sebagai cabang baharu Kumpulan Syari...

🎮 FELDARIAN eSPORT CHAMPIONSHIPS DI KARNIVAL SEGALANYA FELDA 2025 MITEC

Image