📿Persembahan Malam Mega Selawat menghimpun tokoh agama & artis tanahair di MITEC

Program Malam Mega Selawat sempena Hari Peneroka Felda 2025 serta antara acara kemuncak dalam rangka Karnival 3 Dimensi FELDA 2025 yang berlangsung sepanjang minggu.


Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Peneroka FELDA 2025, sebagai pengisian spiritual yang mendalam serta memperkukuhkan perpaduan Ummah melalui kecintaan kepada Rasulullah SAW.


Program ini juga turut dihadiri Yang Amat Berhormat TPM iaitu Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi dan beberapa artis dan pempengaruh tanah air seperti UstazLah, Dato’ Nash, Khai Bahar, Ezad Lazim, InTeam, Lan Ahmad, Amer Binyusoff, Pot Amir dan Azan Addin. Malam tadi juga, ruangan dewan dipenuhi dengan Warga FELDA dari seluruh Malaysia.



Dewan Ballroom MITEC, Kuala Lumpur menjadi saksi kepada ribuan jiwa yang bersatu demi cinta kepada Rasulullah SAW apabila program Malam Mega Selawat berlangsung pada Khamis malam Jumaat yang penuh barakah ini.



Majlis ini adalah tekad FELDA untuk terus menjadi peneraju dalam agenda pembangunan insan dan kebajikan ummah yang holistik, merangkumi aspek spiritual, ekonomi dan sosial.


 

Acara penuh penghayatan rohani dan kebajikan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah.




Beberapa cenderahati buku selawat, buku anak Peneroka Felda seperti Jalil Hamid & Mami Jerung turut dikongsi bersama hadirin di dewan MITEC

Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pengurusan MITEC, serta seluruh Warga FELDA yang hadir ke program ini dan menjayakannya dengan baik.




Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

🛵 HALO DELIVERY MENYOKONG PENUH USAHA MENTERI (KESUMA)MEMBAWA USUL RUU PEKERJA GIG 2025