🎈 Majlis pelancaran istimewa Gula Felda Edisi Khas keluaran FGV Holdings Berhad dan MSM Malaysia Holdings Berhad di MITEC


Karnival Mega 3 Dimensi FELDA (MK3D) telah  melancarkan produk terbaharu mereka Gula Felda Edisi Khas 500 gram FELDA, bersama FGV Holdings Berhad dan MSM Malaysia Holdings Berhad,

Pelancaran ini  simbol penghargaan sempena ulang tahun ke-69 FELDA dan 60 tahun penubuhan MSM, sebagai pengeluar utama jenama terkenal, Gula Prai.


Disasarkan kepada gaya hidup moden yang menuntut kemudahan dan fleksibiliti, gula dalam pek bersaiz kecil harga yang dijangka kekal di bawah RM2 ini dilihat sebagai langkah strategik memperkenalkan produk yang lebih praktikal kepada pengguna, terutamanya di kawasan bandar & sering bergerak atau tinggal bersendirian.

Dihasilkan dalam kategori gula super, Gula Felda Edisi Khas ini menawarkan kemanisan yang lebih tinggi berbanding gula biasa memberi kelebihan dari segi rasa, malah membolehkan pengguna menggunakan dalam kuantiti yang lebih kecil sekali gus menjimatkan kos dan penggunaan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad, Hasni Ahmad berkata, inisiatif ini memperkukuh lagi komitmen syarikat dalam memperluaskan capaian kepada produk berkualiti tinggi sambil menyokong pembangunan ekonomi luar bandar.

“Kami teruja menyertai inisiatif ini bersama FELDA dan FGV. Ia membuka ruang kepada produk Gula Prai untuk menembusi pasaran baharu sambil menyokong komuniti luar bandar,” katanya.

Lokasi pasaran sasaran bagi produk ini termasuklah kedai serbaneka seperti 7-Eleven, pasar mini, petromart serta premis hospitaliti berskala kecil, yang memerlukan produk ringkas dan mudah dikendalikan.


Secara keseluruhan, pelancaran Gula Felda Edisi Khas bukan sahaja memperkukuh jenama FELDA dalam sektor perladangan dan makanan asas, tetapi juga menzahirkan kesungguhan agensi ini bersama rakan strategiknya untuk terus memacu perubahan melalui produk yang mencerminkan semangat peneroka serta memenuhi keperluan pasaran masa kini.

Comments

Popular posts from this blog

πŸ’Έ (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

πŸ›΅ HALO DELIVERY MENYOKONG PENUH USAHA MENTERI (KESUMA)MEMBAWA USUL RUU PEKERJA GIG 2025