🎈 Majlis Pelancaran P.E.N.N 2.0 oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan tambah peruntukan P.E.N.N kepada RM100 juta

 

Kuala Lumpur, 3 Jun 2025

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Đato* Sri Ramanan Ramakrishnan, hari ini mengumumkan tambahan peruntukan Program Prosperity, Empowerment and A New Normal for Indian Women (P.E.N.N) sebanyak RM50 juta lagi, menjadikan jumlah keseluruhan dana P.E.N.N mencecah RM100 juta.





Pengumuman tambahan peruntukan itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan lebih 1,000 Sahabat Usahawan Wanita India Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sempena Majlis Pelancaran P.E.N.N 2.0 yang diadakan di pekarangan ibu pejabat AIM, di Bandar Sri Damansara.



PENN 1.0 Program Bantu Usahawan Wanita India 2024 capai prestasi terbaik dari segi membantu usahawan


Dalam ucapan beliau, P.E.N.N yang dilancarkan pada 14 April 2024 lalu, adalah satu inistiatif kerajaan melalui AIM sebagai agensi pelaksana untuk memperkasa golongan wanita India khususnya dalam bidang keusahawanan. Tambahan dana dibuat selepas kejayaan P.E.N.N (Fasa 1) yang terbukti telah berjaya memberi manfaat kepada 6,247 wanita India dengan jumlah pembiayaan yang dikeluarkan sebanyak RM42,725,640. aripada 6,247 yang menerima dana ini, seramai 1,062 merupakan usahawan baharu.


Pengumuman tambahan peruntukan sebanyak RM50 juta ini, akan memberi peluang kepada lebih ramai wanita India untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka serta keluarga. Dengan suntikan dana tambahan ini juga, AIM mensasarkan peluasan manfaat program ini kepada lebih 10,000 usahawan wanita India di seluruh negara.


PENN 1.0 AIM telah memerikan bantuan usahawan Wanita India RM 42 7 juta bagi menaiktaraf perniagaan


Tambahan dana ini bukan sahaja membuka ruang kepada penyertaan baharu, malah memperkukuh lagi sokongan kepada peserta sedia ada untuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilan mereka dalam pebagai sektor termasuk makanan, jahitan, kecantikan dan perkhidmatan komuniti. Sahabat Usahawan yang telah menerima pembiayaan P.E.N.N rata-ratanya berjaya meningkatkan pendapatan mereka antara 20 peratus hingga 30 peratus berbanding sebelumnya.



Permohonan untuk PENN 2.0 kini dibuka di semua 124 Pejabat Cawangan AIM di seluruh negara. Program ini menawarkan skim pembiayaan mikro yang sangat mudah, tanpa penyata kewangan, penjamin mahupun sebarang cagaran. Malah peserta P.E.N.N akan diberi bimbingan dan pemantauan yang berterusan dari pihak AlM.



Kejayaan Puan Prima menjual rempah ratus berjaya mencapai RM 18,000 sebulan selepas bantuan AIM


Untuk rekod, sejak ditubuhkan, AlM telah menyalurkan lebih RM35.9 bilion kepada rakyat Malaysia (khususnya wanita), dalam usaha berterusan membebaskan golongan miskin dan berpendapatan rendah keluar daripada kemiskinan.



Program PENN 2.0 AIM memberikan manfaat besar komuniti India & sokongan kerajaan perlu berterusan


Pada tahun 2024, AlM mencipta rekod luar biasa, apabila kadar Non Performing Loan (NPL) dicatatkan pada paras terendah sepanjang sejarah 38 tahun operasinya, iaitu hanya 0.02%.



Mengenai AIM

Amanah Ikhtiar Malaysia (AM) telah ditubuhkan pada 17 Septemnber 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). la dicetuskan menerusi kejayaan Projek Ikhtiar yang dilaksanakan menerusi satu kajian penyelidikan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia yang menggunakan pendekatan Grameen Bank di Bangladesh dalam usaha mengurangkan kemisikinan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin.


Kejayaan penerima dana AIM boleh memohon dana kali kedua untuk menaiktarafkan perniagaan sedia ada


Hari ini, dengan visi untuk menjadi sebuah institusi kewangan mikro yang diberkati, dinamik serta bertaraf dunia, AIM telah membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan negara dan telah berjaya menjangkau hampir 4 juta isi rumah menikmati pelbagai manfaat menerusi Skim Pemnbiayaan Ikhtiar (Ekonomi dan Sosial) yang disediakan.\


πŸ“° Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Keusahawanan. 
☎️ Pertanyaan media, sila hubungi 019-2649879














 



Comments

Popular posts from this blog

πŸ’Έ (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

πŸ›΅ HALO DELIVERY MENYOKONG PENUH USAHA MENTERI (KESUMA)MEMBAWA USUL RUU PEKERJA GIG 2025