πŸŽ™οΈ SALOMA KUALA LUMPUR RAIKAN ✨ SYAWAL BERSAMA 30 ARTIS LEGENDA πŸ‡²πŸ‡Ύ & PENGHARGAAN WARIS BIDUANITA NEGARA SALOMA πŸ‡²πŸ‡Ύ

✨Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 28 April 2025 bersamaan 28 Syawal 1446 anjuran Saloma Kuala Lumpur menjadi pembuka sejarah baru buat penghargaan jasa & sumbangan seni Allahyarhamah Puan Sri Saloma seniwati unggul dan ikon budaya negara.. Sebagai wakil waris Biduanita Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma menerima gratuiti daripada Datin Riza & pihak pengurusan Saloma Kuala Lumpur.


Majlis Sambutan Hari Raya Saloma Bistro turut meraikan jasa seniwati Saloma


Persembahan pembukaan majlis dengan tarian tradisional penyeri majlis di Theatre Hall, Saloma

✨ Pihak Saloma Kuala Lumpur berbesar hati atas kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, berbesar hati menyerahkan gratuiti tersebut sambil diiringi YBhg. Datin Riza binti Dato' Che Jmar, Presiden Saloma Kuala Lumpur.

Selain itu kehadiran di majlis yang diadakan di Theatre Hall, Saloma Kuala Lumpur turut diserikan dgn Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar, Ketua Polis Negara Tan Sri S Ravarudin Husain, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato' Shaharuddin Abu Sohot, dan Ybhg. Tan Sri Dato` Seri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM



🎁"Penyerahan gratuiti kepada pewaris legasi seni Biduanita Negara ini merupakan manifestasi keikhlasan dan penghargaan aas jasa dan baki yang telah ditinggalkan Puan Sri Saloma kepada generasi masa kini.

Penyerahan gratuiti kepada cucu-cucu Allahyarhamah, iaitu Arzanee Armalie dan Rozaidic Armalie, menjadi simbol penghormatan di atas sumbangan besar Biduanita Negara tersebut dalam memperkayakan industri seni dan budaya Malaysia.

                          Saloma Bistro menghargai jasa Saloma & waris seniwati yang masih hidup

πŸƒ "la juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Saloma Kuala Lumpur yang turut menyantuni tetamu istimewa termasuk mereka yang memerlukan bantuan," kata Datin Riza.


Pengunaan logo Saloma melibatkan perkara sensitiviti agama di ambil perhatian pihak Saloma Bistro


πŸ“Persoalan berkaitan penggunaan hakcipta nama & identiti seniwati Saloma telah mendapat makluman dari pihak waris & mana mana syarikat terlibat. Pihak Saloma Bistro bersetuju dgn sumbangan pada waris seniwati walaupun tiada sebarang amaun & komitmen syarat ditetapkan oleh kedua dua pihak. 

Pandangan dari segi ahli agama & badan agama kerajaan juga di ambil perhatian supaya tiada menimbulkan pertikaian & salah faham masyarakat dengan penggunaan identiti & nama seniwati Saloma. 




πŸŒ™Datin Riza & pengurusan Saloma Kuala Lumpur telah melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan termasuk Program Rahmat Ramadan: Santunan Ehsan yang mengagihkan lebih 3,000 kampit beras dan pek makanan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.

Saloma Kuala Lumpur turut dianjurkan ialah majlis Malam Naungan Rahmat, Limpahan Berkat bagi membantu artis veteran serta anak-anak tahfiz, serta program berkonsepkan Kongsi Rezeki yang menjadi nadi setiap kali penganjuran program.


Saloma Kuala Lumpur sentiasa membuka ruang dan jalinan kerjasama dengan penggiat- penggiat seni yang lain seperti menjadi pilihan lokasi kepada beberapa Sidang Media berkaitan dengan promosi seperti Konsert 30' Anniversary ELLA USA dan juga Rossa "Here I am Concert".



Tarikan Gen Z ke Saloma Bistro dgn adanya pelbagai aktiviti kebudayan berbeza & makanan istimewa

Penganjuran majlis malam raya melibatkan kehadiran 30 artis legenda ini akan terus memperkukuh usaha Saloma Kuala Lumpur untuk memartabatkan seni budaya tanah air sambil menyemai nilai kemanusiaan dan penghargaan terhadap legasi seni negara.


🏀 RINGKAS SALOMA KUALA LUMPUR

πŸ‡²πŸ‡Ύ Saloma Kuala Lumpur merupakan destinasi gastronomi dan budaya bertaraf pelancongan yang memperkenalkan sajian tradisional Malaysia bersama persembahan seni budaya setiap malam. Terletak di lokasi strategik bersebelahan Malaysia Tourism Centre (MaTiC), 

🍽️Saloma Kuala Lumpur menggabungkan elemen makanan tempatan dan seni persembahan untuk memperkenalkan keunikan budaya Malaysia kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa. Diilhamkan daripada warisan Biduanita Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma, restoran ini menawarkan pengalaman autentik yang memperkasa nilai seni dan tradisi negara.

Keindahan suasana Saloma Bistro & lokasi strategi di tengah KL menjadi vibe tarikan tersendiri


Untuk Pertanyaan Media, Sila Hubungi:


πŸ‘€ Saiful Nizam Ismail Telefon: β€ͺ

πŸ“ž +6012 662 4079‬ 

πŸ“©: sales@salomagroup.com 



Comments

Popular posts from this blog

πŸ’Έ (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

πŸ›΅ HALO DELIVERY MENYOKONG PENUH USAHA MENTERI (KESUMA)MEMBAWA USUL RUU PEKERJA GIG 2025