π° Program Ilmu Madani Bertajuk Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah serta Pemberian Cenderahati bersama Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak YB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah sudi hadir & merasmikan "Progran Ilmu Madani Bertajuk Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah & Cendera Kasih Aidilfitri. Majlis ini bertempat di Pusat Belia Antarabangsa IYC Cheras. Seramai kira kira lebih 500 orang telah hadir dalam program bermula jam 8:30am - 12:30pm.
Datuk Azman bin Haji Abidin merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan & Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak turut hadir dalam menyokong memperkasakan wanita Islam di bahagian Bandar Tun Razak. Kehadiran Datuk Azman sedikit sebanyak dapat memamahi keperluan & kemudahan yang diperlukan oleh wanita setempat. Sudah semestinya tanggungjawab sebagai parti pilihan warga Bandar Tun Razak memenuhi & mendengar keluhan rakyat yang boleh diperbaiki di tahun 2025 ini.
Sebelum majlis pembukaan telah diadakan Sesi Forum " Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah " bersama dengan Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah dari Penyelaras HEJIM Pusat Kajian Al-Quran & Al Sunnah UKM & Dr. Najah Nadiah Amran dari Pengajian Islam, UKM
Pihak PEWARIS turut memberikan sumbangan kira kira 1000 baju & kuih raya kepada hadirin yang hadir. Sumbangan ini sempena bulan Aidilfitri yang bakal tiba seminggu lagi

Beberapa kata kata ucapan YB Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada hadirin
Hari ini, kita berkumpul untuk membincangkan satu topik yang amat penting dan relevan dalam pembangunan masyarakat dan negara, iaitu βWanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah.β Program ini adalah satu usaha yang sangat bermakna dalam memperkasa peranan wanita sebagai pemimpin yang berilmu, berakhlak, dan mempunyai kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat ke arah kebaikan.
Muslimah seharusnya berbangga Universiti pertama di dunia adalah dipelopori oleh wanita Islam
Sejarah telah membuktikan bahawa wanita memainkan peranan besar dalam pembentukan peradaban Islam. Saidatina Khadijah RA, seorang wanita yang bukan sahaja menjadi isteri Rasulullah SAW, tetapi juga seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pendukung utama dakwah Islam. Begitu juga dengan Saidatina Aisyah RA, seorang ilmuwan dan perawi hadis yang ilmunya menjadi rujukan sepanjang zaman.
Kepimpinan wanita dalam Islam bukan sekadar berada di belakang tabir, tetapi turut menyumbang secara langsung dalam aspek pentadbiran, pendidikan, dan pembangunan masyarakat. Wanita bukan hanya pelengkap, tetapi pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan nilai-nilai hikmah dan kebijaksanaan.
PEWARIS dan MAIWP berharap dapat melahirkan pemimpin & profesional golongan muda
Kepimpinan yang berhikmah berasaskan kepada nilai-nilai berikut :
Keimanan dan ketakwaan β Seorang pemimpin wanita Mukminah perlu menjadikan iman dan takwa sebagai asas dalam setiap tindakan.
Keilmuan dan kebijaksanaan β Wanita yang berilmu mampu membuat keputusan yang bijak dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Keadilan dan kesaksamaan β Kepimpinan yang baik menuntut ketelusan dan keadilan dalam semua aspek kehidupan.
Kasih sayang dan empati β Seorang pemimpin yang berhikmah memahami keperluan rakyat dan membimbing mereka dengan penuh kelembutan dan ketegasan pada tempatnya.
Dunia hari ini memerlukan lebih ramai wanita yang berani, berwawasan, dan mempunyai hikmah dalam kepimpinan. Oleh itu, saya menyeru agar wanita tidak takut untuk melangkah ke hadapan, memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan negara, dan menjadi ejen perubahan ke arah masyarakat yang lebih sejahtera.
Pada akhir ucapan majlis Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan majlis βWanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah PEWARIS & MAIWP
Saya amat berbesar hati melihat program seperti ini dianjurkan bagi memberi kesedaran dan motivasi kepada wanita untuk terus maju ke hadapan. Saya percaya bahawa dengan adanya platform sebegini, kita dapat melahirkan lebih ramai wanita yang bukan sahaja berperanan dalam keluarga, tetapi juga di dalam masyarakat, ekonomi, dan politik.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), barisan penceramah, dan semua peserta yang menjayakan program ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh dalam program ini dapat dimanfaatkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Comments
Post a Comment