📰 Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO & Majlis Iftar 11 Ramadan 1446H - PWTC KL
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
📰 Tarikh 12 Mac 2025 UMNO telah mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di PWTC bersama kepimpinan utama UMNO. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden UMNO. Turut hadir bersama adalah Dato Seri Utama HJ Mohamad HJ Hassan Timbalan Presiden UMNO. Manakala Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dato Dusuki selaku Setiausaha Agung UMNO mencatatkan kertas minit mesyuarat parti. Pengerusi UMNO Tan Sri Dato Paduka HJ Badruddin Amiruldin & Timbalan Pengerusi UMNO Datuk Seri Dr Hj Abdul Fatah Hj Abdullah turut hadir dalam mesyuarat UMNO sempena 11 Ramadhan ini.
Beberapa resolusi telah dibangkitkan dalam mesyuarat ini seperti melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti keagamaan, perkauman dan Institusi Raja-Raja Melayu hingga mencetuskan kegelisahan dan ketidak-tenteraman di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kaum. UMNO menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia kekal mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan sebagai asas penting yang membina negara bangsa sejak merdeka. Keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara.
UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara terutamanya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan.
UMNO akan menggerakkan jentera dari seluruh Malaysia untuk membantu parti dalam Pilihan Raya Kecil N48 DUN Ayer Kuning Perak.
Sejurus selesai mesyuarat MKT UMNO Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah sudi meluangkan masa bersama sama ahli UMNO & tetamu yang hadir di PWTC untuk majlis iftar Ramadhan. Sempena majlis ini Presiden mengajak semua orang Islam tidak kira dari pelbagai umur, masyarakat & fahaman bersama sama meraikan & menyantuni bulan Ramadhan ini. Kita lupakan segala salah faham & perselisihan selama ini & jadikan Ramadhan sebagai tempat kita bersatu & ukhuwah.
Beberapa wakil parti dari Barisan Nasional seperti Dato' Wee Ka Siong (MCA) & Ybhg Dato' M. Asojan (MIC) turut di jemput ke majlis iftar bagi mengeratkan semangat perpaduan dalam Barisan Nasional Majlis berbuka puasa iftar turut di hadiri ramai hadirin dari bukan ahli UMNO saja tapi dari Tahfiz & beberapa NGO.
Kelihatan Timbalan Pengerusi UMNO Datuk Seri Dr Hj Abdul Fatah Hj Abdullah & Dato; Johari Ghani berkongsi meja bersama Presiden UMNO berkongsi isu isu semasa & perkembangan parti UMNO sementara menunggu majlis iftar bermula.
Persoalan UMNO banyak akan diselesaikan pada Perhimpunan Agung UMNO Ogos ini
Beberapa saf kepimpinan MKT UMNO meluangkan masa saat pertemuan bagi berkongsi idea & pendapat untuk sokongan UMNO & bagaimana UMNO memainkan peranan lebih baik dalam pentadbiran kerajaan. Suasana meriah & penuh akrab tanpa mengira dari negeri, Parlimen, Dun semua ahli UMNO bersama hati bila bertemu.
Parti UMNO tidak mengetahui & terlibat dgn kes Ismail Sabri SPRM
Selepas majlis berbuka puasa diadakan tazkirah ringkas dari badan ulama UMNO bersama sama jemaah yang hadir. Solat tarawikh malam ini telah di pimpin oleh Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dato Dusuki di surau PWTC. Semua majlis berjalan lancar sehingga tamat tarawikh diadakan makan malam moreh.
Hasil dari Mesyuarat MKT UMNO telah memutuskan tarikh-tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
(i) Persidangan UMNO Cawangan: 7 April hingga 25 Mei 2025
(ii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 9 Jun hingga 27 Julai 2025
(iii) Perhimpunan Agung UMNO: 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025
🗓️ 7 OKT 2024 🏢 Menara KPJ, Jalan Tun Razak - 📄 Satu memorandum telah diserahkan kepada Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penipuan sebuah syarikat yang dikenali sebagai PT Andalan Trusti Global berpusat di Indonesia. 📄 Memorandum aduan ini telah diserahkan oleh Joseph Prakash, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) dan dihadiri oleh para mangsa penipuan ini di himpunan menuntut keadilan kepada para mangsa. Mangsa pelaburan kerugian RM 72,000 Menurut Joseph Prakash beliau berasa kasihan dengan para mangsa penipuan yang tidak dibela sehingga hari ini.Beliau menuntut pihak PDRM menyiasat semua pihak terbabit dan berharap wang mangsa penipuan dapat dikembalikan . Lebih 100 orang menjadi mangsa penipuan syarikat terbabit dan kerugian dianggarkan melebihi jutaan ringgit. ...
📍 https://maps.app.goo.gl/sK5kuAfE7N9J1Ftb8 🍽️ Majlis Prebiu Bufet Ramadhan 2025 sempena penjenamaan semula Restoran Puteri Penchala kepada Restoran Primadona menyajikan menu & suasana berbeza kepada para pengunjung. Restoran Primadona menyediakan majlis berbuka puasa & persembahan tradisional pada sepanjang Ramadhan ini. Pelbagai kemudahan meletakkan kenderaan, ruang solat luas & pelbagai menu tradisional ala kampung di sajikan. Dato Habsah Hassan sebagai pemilik Restoran Primadona ini turut mengundang artis veteran seperti Dato Fauziah Nawi, Norliah Ghani & kehadiran istimewa Rusdi Ramli dalam acara pembukaan ini. Pemilihan artis adalah sesuai dgn konsep restoran mengangkat primadona negara memeriahkan majlis Suasana ruang legar Restoran Primadona untuk buffet Ramadhan - Hidangan minuman istimewa 7 rasa berbeza Sekitar menu bakal disediakan sempena buffet bulan Ramadhan 2025 - Pelbagai ala kampung tradisional Hidangan Istimewa Nas...
Masa : 11:00am - 1:00pm Tarikh : 30 April 2024 Lokasi : DEWAN PERNIAGAAN PER INDUSTRIAN DAN PELABURAN MALAYSIA- WUXI CHINA L3-1-1, INFINITE 46200 CENTRE PETALING LOT 1, JAYA JALAN 13/6 SELANGOR SEKSYEN 13 MALAYSIA Dewan Perniagaan Perindustrian Dan Pelaburan Malaysia-Wuxi China (DPPPM-WC) telah meraikan majlis perasmian di Kuala Lumpur, menandakan era baharu pertumbuhan bagi Dewan. Acara itu menghimpunkan individu daripada pelbagai sektor komuniti perniagaan dan wakil media, semuanya bersatu dalam visi bersama mereka untuk masa depan yang lebih cerah. Semasa majlis menandatangani pelantikan, Dr. Liu Jun secara rasmi dilantik sebagai Presiden DPPPM-WC, dan Cik Youya dan Cik Qi Linlin dilantik sebagai ahli teras. Pelantikan ini merupakan satu peristiwa penting bagi Dewan dan mengukuhkan semangat persahabatan dan kerjasama antara China dan Malaysia. Dr. Liu Jun ialah pelopor dalam teknologi fizik sin...
Comments
Post a Comment