๐ Datuk Rosyam Nor & Datuk Raymond Ho Cheng lancar ๐ ST Rosyam Mall modal lebih RM 30 juta tawaran hebat RM1.5 Juta Ganjaran di Jalan Kebun, Klang
๐ Bagi meraikan pembukaannya hari ini, kempen RM 1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda diperkenalkan dengan pelbagai hadiah menarik termasuk 100 pakej Umrah percuma kepada pelanggan bertuah ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart.
Menampilkan lebih 30 premis terkenal dalam pelbagai kategori seperti fesyen, makanan dan teknologi, ST Rosyam Mall turut menawarkan beberapa premis yang akan beroperasi 24 jam seperti Khulafa dan Nasi Lemak Burung Hantu.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati kemudahan gelanggang Pickleball yang dibuka sepanjang masa, serta parkir yang luas dan surau yang selesa untuk keselesaan pelanggan.
๐Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak Datuk Raymond Ho Cheng Hann berkata, kerjasama strategik antara Sri Ternak dan ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart mencerminkan komitmen semua pihak dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.
โMelalui gabungan kepakaran dalam industri peruncitan, kami yakin bahawa ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart akan menjadi destinasi utama pengguna yang mengutamakan keselesaan, kepelbagaian produk, dan nilai terbaik untuk wang mereka.
โKami juga berbangga kerana dapat menyumbang kepada inisiatif inovatif seperti Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan dan kemudahan membeli secara borong, yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan dalam memenuhi keperluan harian mereka dengan lebih mudah danefisien,โkatanya.
๐Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor berkata, ST Rosyam Mall bukan sekadar pusat beli-belah biasa, ia adalah simbol kepercayaan dan dedikasi dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
โPembukaan ST Rosyam Mall adalah satu detik bersejarah buat saya secara peribadi. Impian saya adalah untuk membawa pengalaman membeli-belah yang bukan sekadar memudahkan pengguna tetapi memberikan nilai tambah yang luar biasa.
Pihak ST Rosyam mengambil tanggungjawab import export di pasaran ASEAN bagi pengukuhan jenama di yakini
๐โST Rosyam Mall bukan sekadar sebuah pusat beli-belah biasa, tetapi ia diwujudkan dengan konsep yang memenuhi keperluan seisi keluarga daripada makanan, fesyen, hiburan, teknologi dan banyak lagi di bawah satu bumbung.
โKami mahu menjadikan ST Rosyam Mall sebagai destinasi utama rakyat Malaysia yang mencari kelengkapan hidup dengan harga yang berpatutan tetapi dalam suasana yang selesa tanpa tekanan dengan pelbagai kemudahan disediakan. Kami yakin ST Rosyam Mall akan menjadi satu mercu tanda baharu di Klang dan seterusnya di Malaysia,โ katanya.
๐Kempen RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda turut boleh dinikmati di ST
Rosyam Mart. Pengunjung berpeluang memenangi hadiah berupa kereta Proton X70,
Goldbar, barangan elektronik, baucar dan yang paling menarik pakej 100 umrah
percuma.
๐Sebagai simbolik setiap pembukaan cawangan baharu, ST Rosyam Mart
menawarkan promosi Ayam Seekor serendah RM 0.88 sen.
Antara promosi hebat lain yang ditawarkan kepada ahli ST Kad adalah lebih 100 barangan promosi berharga serendah RM0.08 sen hingga RM0.88 sen, dengan jumlah keseluruhan lebih 300 barangan promosi sempena pembukaan ini.
๐Promosi akan bermula 14 hari 14 malam bermula 19 Mac hingga 1 April
ini. Cawangan kelapan ini turut beroperasi 24 jam.
Lebih menarik, ST Rosyam Mart menyediakan 22 servis percuma
termasuk perkhidmatan terbaru iaitu Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan. Ia
merupakan pasaraya pertama yang mewujudkan perkhidmatan seperti ini. Pelanggan
juga boleh mendapatkan barangan basah seperti ikan segar dari jeti serta daging
tempatan berkualiti tinggi dalam suasana membeli-belah yang selesa dan
menyeluruh.
โST Rosyam Mart pula adalah manifestasi kepada prinsip perniagaan
kami sejak dahulu iaitu menawarkan barangan berkualiti tinggi dengan harga yang
berpatutan. Kami memahami keperluan rakyat Malaysia yang mahu membeli barangan
segar, berkualiti dan pada masa yang sama dapat berjimat.
๐โSebab itu, setiap kali kami membuka cawangan baharu, kami membawa
tawaran istimewa seperti Ayam Seekor 88 Sen serta lebih 300 barangan promosi
dengan harga yang sangat rendah. Ini adalah cara kami untuk memberikan semula
kepada pelanggan yang sentiasa menyokong kami.
๐โST Rosyam Mart bukan hanya pasaraya biasa. Kami mahu
mendefinisikan semula cara rakyat Malaysia berbelanja dengan menyediakan 22
servis percuma, termasuk Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan โ satu inovasi
yang pertama seumpamanya di pasaraya negara ini. Dengan operasi 24 jam,
kemudahan membeli secara borong, dan keutamaan kepada barangan segar terus dari
jeti dan ladang tempatan, ST Rosyam Mart adalah jawapan kepada keperluan setiap
isi rumah. Kami mahu memastikan setiap kali pelanggan masuk ke ST Rosyam Mart,
mereka tahu bahawa di sinilah tempat untuk berjimat,โ katanya.
Comments
Post a Comment