๐ŸŒ™๐Ÿ–Œ๏ธTulisan Tangan Khas Air Zam Zam Ustaz Halim Omar memeriahkan Majlis Berbuka Puasa & Doa Selamat Sempena Ulang Tahun ke 35 Yayasan Basmi Kemiskinan

 


๐Ÿ“– Kerjasama sempena 35 tahun Yayasan Basmi Kemiskinan dengan Pelukis tulisan Khat menggunakan Air Zam Zam bagi  penghasilan Al-Quran bertulis tangan menggunakan Air ZamZam 



๐ŸŒ™ Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)  26 Mac 2025 telah meraikan ulang tahun ke-35 hari ini. Pihak YBK pada masa sama telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Doa Selamat yang diadakan di Asrama Kasih YBK Gesir, melibatkan kehadiran lebih 100 orang tetamu.




๐ŸŒ™ Fokus utama Majlis ini selain daripada menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT, adalah untuk meraikan para karyawan dan tetamu dengan jamuan berbuka puasa, solat berjemaah dan moreh istimewa yang disediakan oleh Dapur YBK.


                   
Majlis bertukar perjanjian & kerjasama antara YBK & Ustaz Hamil Omar


๐Ÿ–Œ๏ธ Mengambil keberkatan malam Ramadhan ini, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandangan antara YBK bersama ZamZam Dโ€™Berkat Enterprise berkenaan kerjasama projek Penghasilan Al-Quran Bertulis Tangan Menggunakan Air ZamZam - yang pertama di Malaysia.



Dato' Haji Zainal menyeru kepada semua sempena Ramadhan ini menghargai mukjizat Al Quran Nabi terakhir kita



Penerangan ringkas Ustaz Halim Omar cara unik penulisan khat Air Zam Zam


๐Ÿ–Œ๏ธ Ustaz Abdul Halim Mohammed Omar, Pengarah ZamZam Dโ€™Berkat merangkap penulis telah memberikan penerangan berkenaan bagaimana ayat suci Al-Quran ditulis menggunakan air Zam Zam, dan membawa bersama beberapa karya beliau untuk dilihat sendiri oleh hadirin.



Pihak YBK telah membantu menyediakan 1000 unit rumah & 4000 peluang pendidikan kepada belia


๐ŸŒ™ Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Hj. Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama YBK, dan berharap agar YBK akan terus hidup dan relevan sepanjang zaman. Turut hadir adalah ALPA YBK - Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, juga YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih YBK.



๐ŸŒ™ Selepas selesai solat tarawih dan witir berjemaah adalah penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir, pelancaran Baju Batik baharu ASKA, penyampaian hadiah penghargaan kepada dua orang karyawan YBK yang telah menamatkan tugas.


#BasmiKemiskinan #BinaKesejahteraan



Tulisan Khat Air Zam Zam satu kitab Al Quran ini adalah satu satunya inisiatif di dunia



๐Ÿ“  Asrama Kasih YBK Gesir, Kg. Gesir Tengah, Sg. Selisek, Kuala Kubu Baru Selangor



Comments

Popular posts from this blog

๐Ÿ’ธ (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

๐Ÿฝ๏ธ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.