π Semarakkan 10 Ramadhan Terakhir Menghayati Khat Al - Quran Rasm Uthmani tulisan tangan Air Zam Zam Ustaz Halim Omar di Shaftsbury Putrajaya Mall
β¨Alhamdulillah, Allahu Akbar! Sempena Nuzul Quran 17 Ramadhan 1446H, marilah kita bersama-sama membaca, memahami, dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan. Akrabkan diri dengan Allah dan Rasulullah SAW, serta mohon pertolongan dan bantuan Allah SWT. Al-Quran dan Sunnah Nabi adalah mukjizat Baginda Nabi SAW yang kekal hingga ke akhir zaman.
β¨ Program Gema Semarakkan
Mengangkat Al-Quran di puncak tertinggiβdibaca, dihayati, dan dihiasi
Pelbagai nakshah tulisan & kesenian unik khat Air Zam Zam boleh didapati di Shaftsbury Putrajaya Mall
π Surah Iqra' β Nabi SAW menerima wahyu Al-Quran di tempat tinggi, iaitu di Gua Hira'. ("Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan")
πAl-Quran adalah Kalamullah, yang memberi khabar berita baik kepada orang beriman dan berita buruk kepada mereka yang ingkar (kuffar).
π Al-Quran merupakan manual dan panduan hidup daripada Allah, Tuhan dan Pemilik seluruh alam, yang paling mengetahui ciptaan-Nya.
Tulisan Air Zam Zam khat AQuran mengambarkan kapal layar simbolik budaya Melayu Islam sebagai pelaut di Nusantara
π Kempen Al-Quran perlu diperluaskan dan disemarakkan agar memberi semangat dan keistimewaan kepada pembacanya.
π Ayat suci Kalamullah wajib dan wajar diletakkan di tempat yang tinggi serta dimuliakan. Jangan letakkannya di bawah paras pusat, tetapi ditinggikan sekurang-kurangnya separas dada ke atas bagi orang dewasa sebagai tanda takzim dan hormat.
π Umat Islam seharusnya sentiasa berkempen untuk mengajak kepada pembacaan dan penghayatan Al-Quran, serta mematuhi segala perintah dan larangan Allah SWT sebagaimana termaktub dalamnya.
π Semua perintah Allah bertujuan untuk keselamatan, kebaikan, keamanan, dan kesejahteraan umat manusia di dunia dan di akhirat.
π Kempen semarakkan Al-Quran perlu diperhebatkan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa dengan pelbagai pendekatan yang mudah difahami oleh umat Islam. Berikan khabar baik tentang kelebihan dan manfaatnya, kerana Al-Quran sendiri akan menjadi syafaat bagi pencintanya.
πSalah satu pendekatan istimewa ialah kempen menghiasi rumah atau pejabat dengan karya agung tulisan tangan ayat suci Al-Quran menggunakan air zamzam, yang pertama di dunia dihasilkan oleh rakyat Malaysia yang berpengalaman dan perlu dimasyhurkan.
π Penghormatan besar harus diberikan kepada segala yang berkaitan dengan Al-Quran sebagai tanda memuliakan syiar Islam di Malaysia. Pendekatan terkini dalam menyemarakkan gema Al-Quran perlu dipelbagaikan, termasuk memahami maknanya dalam bahasa ibunda setiap negara.
π Kita sering menghiasi rumah, pejabat, dan bangunan dengan lukisan mahal yang mencecah ribuan hingga ratusan ribu ringgit. Namun, sebagai umat Islam, kita sepatutnya lebih mengutamakan hiasan seni khat ayat suci Kalamullah sebagai tanda kebanggaan, apatah lagi jika ia ditulis dengan tangan manusia dan bukan menggunakan mesin. Ini menjadikannya lebih eksklusif dan tiada tandingan berdasarkan kepakaran individu.
π Seni khat tulisan ayat suci Al-Quran adalah karya teragung yang tiada bandingan. Penilaian terhadap seni ini perlu dibuat berdasarkan pengalaman, jumlah karya, adab dalam penulisan, pengiktirafan peringkat tinggi, dan sejauh mana ia telah dipromosikan, termasuk di peringkat antarabangsa. Rakyat Malaysia yang berjaya dalam bidang ini perlu diberi penghormatan besar atas usaha mereka dalam mengangkat kemuliaan ayat suci Al-Quran.
π Sebagai hamba Allah yang bergelar Muslim, kita wajar mengagungkan Kalimah Allah yang diwahyukan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Kita sangat beruntung menjadi umat Baginda SAW, yang merupakan pemberi syafaat terbesar di dunia dan di akhirat.
π€²π» Ya Allah, sampaikanlah selawat dan salam kesejahteraan serta cinta kami kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.
Comments
Post a Comment