🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan
📍 https://maps.app.goo.gl/sK5kuAfE7N9J1Ftb8
🍽️Majlis Prebiu Bufet Ramadhan 2025 sempena penjenamaan semula Restoran Puteri Penchala kepada Restoran Primadona menyajikan menu & suasana berbeza kepada para pengunjung. Restoran Primadona menyediakan majlis berbuka puasa & persembahan tradisional pada sepanjang Ramadhan ini. Pelbagai kemudahan meletakkan kenderaan, ruang solat luas & pelbagai menu tradisional ala kampung di sajikan.
Dato Habsah Hassan sebagai pemilik Restoran Primadona ini turut mengundang artis veteran seperti Dato Fauziah Nawi, Norliah Ghani & kehadiran istimewa Rusdi Ramli dalam acara pembukaan ini. Pemilihan artis adalah sesuai dgn konsep restoran mengangkat primadona negara memeriahkan majlis
Suasana ruang legar Restoran Primadona untuk buffet Ramadhan - Hidangan minuman istimewa 7 rasa berbeza
Sekitar menu bakal disediakan sempena buffet bulan Ramadhan 2025 - Pelbagai ala kampung tradisional
Hidangan Istimewa Nasi Berjemaah dari Restoran Primadona - Menu sempena Ramadhan 2025
Kehadiran rakan rakan & pelanggan setia dgn berbaju tradisional kurung lama memberikan suasana ala kampung & nostalgia buat pengunjung. Pelbagai lapisan umur sesuai datang ke Restoran Primadona.
Persembahan istimewa dari gesekan biola mengamit suasana tenang & klasik bagi pengunjung mengembalikan kenangan lama. Suasana selesa & tempat duduk pelbagai ruang memberikan pilihan pengunjung memilih makanan & bersama ahli keluarga.
Permintaan dari pelanggan sedia ada memberikan semangat Primadona di hidupkan untuk terus menceburi bidang hidangan ala kampung
Comments
Post a Comment