🚑 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL LANCAR MEDIK ASAS: MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN KESIHATAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Kami menawarkan rider baru ini untuk menangani kebimbangan mengenai kos perubatan yang semakin meningkat dan memastikan lebih banyak keluarga mempunyai akses kepada pelan Takaful yang mampu milik. 



📍Kuala Lumpur, 🗓️ 7 Januari 2025 – Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) telah memperkenalkan rider perubatan baru iaitu “Medik Asas”. Rider perubatan ini direka untuk menjadikan perlindungan kesihatan asas boleh diakses, mampu milik dan mampan untuk semua rakyat Malaysia. Salah satu usaha pihak (“PruBSN”) memberikan hak asasi untuk semua kebanyakan mereka dari golongan keluarga berpendapatan rendah tidak mempunyai perlindungan penjagaan kesihatan. Visi kami yang lebih besar untuk mewujudkan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih inklusif, mengatasi masalah kewangan yang sering menjadi halangan bagi orang ramai daripada mendapatkan rawatan yang mereka perlukan



📰 Asas menyediakan perlindungan mampu milik khusus buat penyelesaian yang disesuaikan dengan keperluan bagi mereka yang tidak mempunyai jaminan kewangan dalam menghadapi kecemasan perubatan dengan polisi mampu milik serendah RM52 sebulan. Apa yang menjadikan Medik Asas lebih menonjol berbanding produk perubatan tradisional lain di pasaran adalah integrasi pendekatan Harga Berasaskan Tuntutan yang unik. Dengan Medik Asas, bermula dari hanya RM52 sebulan, perlindungan kesihatan asas boleh dimiliki, melalui perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka. Pilihan mampu milik ini memberikan ketenangan fikiran, memastikan keluarga dilindungi dalam situasi yang sangat memerlukan. 

📰Inisiatif ini amat penting kerana sebahagian rakyat Malaysia, kira-kira 12.9%, dilaporkan tidak mendapatkan rawatan perubatan akibat kekangan kewangan. Dengan menyediakan pilihan yang lebih mampu milik dan fleksibel, kami berhasrat untuk mengurangkan bebanan kewangan ini dan meningkatkan taraf kesihatan yang lebih baik untuk semua keluarga.” “Kekurangan perlindungan ditambah dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat merupakan cabaran besar bagi keluarga berpendapatan rendah, yang sering mengakibatkan rawatan perubatan tertangguh dan menjejaskan taraf kesihatan. 




📰 Sumbangan bayaran insurans bulanan mereka akan lebih rendah jika mereka tidak membuat tuntutan. Pendekatan Harga Berasaskan Tuntutan yang inovatif ini menawarkan sumbangan yang fleksibel, tidak seperti pelan biasa dengan kadar tetap. Menjadikannya mampu milik selaras dengan matlamat simpanan jangka panjang setiap keluarga, memberikan mereka lebih kawalan ke atas kos penjagaan kesihatan sambil menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. Bagi individu dan keluarga yang perlu berusaha keras untuk memastikan keperluan hidup yang mencukupi, untuk berhadapan dengan kecemasan perubatan boleh memberikan tekanan kewangan yang ketara. 





📰Medik Asas menyediakan perlindungan perubatan asas merangkumi penjagaan rawatan pesakit dalam hingga pesakit luar, penyakit-penyakit utama, dan juga lanjutan manfaat penjagaan sehingga RM100,000 setahun dan perlindungan tanpa had seumur hidup. Dalam erti kata lain, anda akan sentiasa dilindungi selagi anda memerlukannya. Medik Asas juga memudahkan akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan awam melalui kemudahan tanpa tunai di hospital kerajaan Malaysia dan panel hospital swasta terpilih. Oleh itu, manfaat ini membolehkan individu dan keluarga memberi tumpuan kepada pemulihan, mewujudkan perjalanan penjagaan kesihatan yang lebih lancar. 

📰Medik Asas memenuhi keperluan khusus rakyat Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan kerajaan dengan menawarkan manfaat tambahan bagi mereka yang dirawat di hospital kerajaan. Kini, mereka boleh menikmati manfaat istimewa seperti elaun harian dan penjagaan tambahan untuk warga emas, memastikan bahawa golongan yang paling terdedah juga dijaga dengan baik.  Dengan Medik Asas, kami berharap dapat meringankan beban komuniti yang kurang bernasib baik, memastikan bahawa semua orang mempunyai akses kepada perlindungan kesihatan yang mampu milik dan berkesan, untuk setiap kehidupan, bagi setiap masa depan


Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.