πΌ PRUBSN LANCAR PELAN TAKAFUL PRUBSN ANUGERAH MAX SERENDAH π΅ RM50 SEBULAN
KUALA LUMPUR, 3 September, 2024 β PruBSN melancarkan PruBSN AnugerahMax, sebuah
pelan takaful baharu yang komprehensif, dengan perlindungan menyeluruh, bermula serendah
RM50 setiap bulan selepas kejayaan produk PruBSN Anugerah dan PruBSN AnugerahPlus
sebelum ini bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), Wan Saifulrizal Wan
Ismail, pelan ini boleh diubah suai dengan 18 jenis rider pilihan yang menawarkan perlindungan
penyakit kritikal dan perubatan yang lengkap, perlindungan kemalangan, peluang pelaburan,
serta pilihan kebajikan.
Beliau berkata, ia memandangkan lebih 700 kanak-kanak di Malaysia di bawah 15 tahun dikenal
pasti menghidap kanser setiap tahun, sementara 70% golongan muda di Malaysia antara umur
15-24 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu risiko penyakit kardiovaskular.
Jelas Wan Saifulrizal, memiliki pelan insurans yang komprehensif boleh dianggap sebagai satu
keperluan pada masa ini berikutan peningkatan kadar penyakit kronik di kalangan belia serta
kenaikan kos rawatan perubatan.
βPenyakit-penyakit kronik boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia. Statistik ini
amat membimbangkan, disusuli dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan peribadi yang
dijangka akan berganda menjelang tahun 2028,β katanya.
Sehubungan ini, Wan Saifulrizal percaya, setiap individu berhak mendapatkan akses kepada
perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik serta jaminan kewangan yang diperlukan untuk
menampung kenaikan perbelanjaan dan kos perubatan.
##
Comments
Post a Comment