π¬ MIFTAH ALAM - Filem Komedi Seram Alam Bunian
βMiftah Alamβ merupakan naskhah pertama syarikat terbitan DMJ Megah Sdn Bhd melalui arahan pengarah baharu, Mohamad Aidil Azhar telah mengetengahkan konsep mistik alam bunian untuk ditayangkan pada 19 September 2024 di seluruh 30 pawagam terpilih
Filem Miftah Alam akan ditayangkan selama 1 jam 21 minit, βMiftah Alamβ di mana dibintangi pelakon berpengalaman Zue Aziz (heroin) Zam Azmi (hero), Zera Hariz, Eyka A. Rahim dan Taiyuddin Bakar.
Filem ini bermula dengan mengisahkan tentang empat sahabat, Adam (Zam Azmi), Zera (Zera Hariz), Hawa (Eyka A. Rahim) dan Iman (Taiyuddin Bakar) yang berkawan sejak zaman sekolah.
Tanpa disedari Adam, Hawa ada menyimpan perasaan terhadap Adam tetapi tidak pernah meluahkannya.
Setelah dewasa, Zera pula mendekati Adam dan berusaha memenangi hatinya walaupun secara diam-diam namun Zera mengamalkan ilmu hitam yang dipelajarinya daripada seseorang yang dipanggil βBondaβ.
Konflik & plot filem ini akan berkisar bagaimana Hawa & Zera untuk mendapatkan perhatian Adam sama ada secara nyata atau menggunakan ilmu ghaib
βFilem ini jika dapat menambat hati penonton kerana saya merancang untuk menyambungnya,β ujar Mohamad Aidil di sidang media filem βMiftah Alamβ yang berlangsung di Pawagam P. Ramlee, FINIAS.
Mohamad Aidil memaklumkan βMiftahβ dalam sebutan bahasa Arab bermaksud 'kunci'. Jadi sudah tentulah filem ini bermaksud βKunci Alamβ di mana penonton boleh nampak kehidupan masyarakat yang nyata dalam filem tersebut walau pun berbaur mistik.
Majlis pelancaran turut memperkenalkan penyanyi baharu Ku Faiz menyampaikan lagu OST filem 'Mifftah Alam' berjudul 'Hilang'.
Dengan kos penerbitan hampir RM1 juta, DMJ Megah yakin pungutan jualan boleh mencapai lebih RM1juta atau setidak-tidaknya berbalik modal yang dibelanjakan.
Pihak produksi turut berkongsi cerita pengalaman pahit manis menghasilkan filem sulung di bawah DMJ Megah Sdn Bhdβ
Comments
Post a Comment