🏝️ Langkawi Travel Fair Tawar Pakej Percutian Termurah
Datum Jelatek Shopping Centre Kuala Lumpur - Bagi menyemarakkan lagi industri pelancogan negara, Langkawi Travel Fair akan diadakan pada 16-18 Ogos 2024 ini di - Tujuan Langkawi Travel Fair ini diadakan buat julung kalinya yang terdiri meghimpunkan daripada 32 pemilik booth produk bersama ataupun seluruh product pemain owner, industri travel pelancongan agent, hotel 3 3 Langkawi bintang yang ke bawah dengan menggunakan hashtag #LangkawiMurah #CuticutiMalaysia #NaturallyLangkawi dan #ExploreLangkawi.
Objektif yang kedua ialah untuk membuang persepi yang mengatakan Langkawi mahal dari segala sudut. Dengan adanya Travel Fair ini, maka pelancong-pelancong di sekitar Lembah Klang, khasnya Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pasaran domestik Langkawi 70% datangnya daripada Lembah Klang. Datum Jelatek Shopping mall adalah tempat yang paling sesuai untuk diadakan Travel Fair ini disebabkan akses kepada LRT dengan jarak yang dekat dan tower-tower residen yang berdekatan
Kenapa kita memilih hashtag #LangkawiMurah adalah kerana buat pertama kalinya kita membawa pemilik-pemilik hotel 3 bintang ke bawah serta pemilik-pemilik travel agent yang boleh membuat keputusan pada 3 hari Travel Fair itu dijalankan. Keistimewaan Langkawi Travel Fair ialah para pengunjung boleh mendapat potongan bermula 10% sehingga 40% hanya pada hari Travel Fair itu berlangsung sahaja. Pakej-pakej ini juga sah sehingga tahun Februari 2025 iaitu tahun Visit Kedah.
Untuk maluman kepada pihak media baik daripada media cetak mahupun media elektronik, kita berhasrat untuk menjadikan Tarvel Fair ini sebagai acara tahunan dan ia akan menjelajah di seluruh bandar-bandar utama di Malaysia ataupun bandar-bandar kedua di seluruh Malaysia.
Objektif seterusnya adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai Pulau Peranginan nombor satu di Malaysia serta salah satu pulau tercantik di dunia. Sasaran yang kita sasarkan kepada pengunjung selama 3 hari ialah sebanyak 15000.
Comments
Post a Comment