✨Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Apresiasi Trishya & Co "Sentuhan Cetusan Idea dari Eropah"
Malam 27 Julai 2024 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pelancaran Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Apresiasi Trishya & Co ini diadakan dalam suasana gemilang & eksklusif bersama para hadirin dengan tema hitam putih secara santai dan penuh bergaya. Majlis gemilang koleksi ‘9KJ’ dihadiri oleh Pengarah Trishya&Co, Sarah Ezzate Norbik, Pengasas Bersama Nayli Batrishya Norbik, serta Ketua Pegawai Operasi, Dato Dr. Norbik Bashah Idris. Acara ini menurut pengasas Trishya & Co ,Datin Dr. Raskidah Ali merupakan satu penghargaan khususnya kepada para pelanggan Trishya & Co yang tidak jemu memberikan sokongan kepada semua produk emas keluaran Trishya & Co.
Cetusan idea untuk koleksi ‘9KJ’ inspirasi lawatan & pengalaman melakukan perjalanan ke Turki dan London. Kebanyakkan gaya wanita di sini menghias diri dengan barang kemas 9 karat yang mempunyai kandungan emas sebanyak 0.9% menurut Dr. Raskidah. Koleksi ikonik Trishya & Co, “Links of Malaysia (LOM),” menampilkan loket pesona yang diinspirasikan daripada makanan tempatan dan simbol budaya, seperti bahulu, kuih lapis, durian, wau bulan, dan gong. Direka untuk disuai padan dengan gelang tangan gelung melalui gabungan unik elemen budaya dan rekaan trendy ini bukan sahaja meningkatkan hubungan emosi pelanggan dengan barangan kemas tetapi juga memposisikan Trishya & Co sebagai pembekal identiti Malaysia.
Bertema “Where Passion Meets Precision, Adorn Yourself in Artisanal Jewels,” salah satu ciri menonjol Trishya & Co adalah tumpuannya kepada barangan kemas emas yang ditempah khas. Setiap potongan dicipta dengan perhatian teliti kepada detail, membolehkan pelanggan memperibadikan pilihan mereka.
Keunikan & reka bentuk di sebalik 9KJ diilhamkan daripada rekaan 916 menggabungkan motif tradisional Malaysia dengan gaya kontemporari dengan tambahan elemen lain (batu, berlain dll). Setiap potongan direka dengan perhatian yang teliti kepada detail, memastikan bahawa ia bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori yang cantik tetapi juga sebagai representasi warisan Malaysia. Koleksi ini dijangka merangkumi pelbagai item seperti kalung, gelang, dan anting-anting, semuanya direka untuk menarik minat pelanggan tempatan dan antarabangsa.
Malam meraikan ejen dan pelanggan setia dengan pemberian anugerah seperti ‘Best Customer of the Year’, ‘Best Dress Lady’, ‘Best Dress Couple’, dan ‘Pelanggan Paling Kecil’. Acara ini turut menyaksikan pemberian penghargaan kepada pelanggan yang telah memberikan sokongan luar biasa kepada jenama ini.
.heic)
Comments
Post a Comment