💼 LEBIH 300 PESERTA DARI NEGARA ANGGOTA ASEAN DAN HONG KONG, CHINA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK ESG
Kajian "SME Corp. Malaysia sangat komited terhadap pertumbuhan dan pembangunan PKS yangberdaya tahan. Kamì telah mengenalpasti bidang tumpuan utama sebagai pemangkin untuk mempercepatkan kapasit dan keupayaan PKS dengan ESG sebagai komponen utama", kata YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia, dalam ucapan aluannya
Selain sesi dialog dan perkongsian, para peserta juga berpeluang mengambil bahagian dalam sesi bengkel yang memberikan pengetahuan praktikal dan boleh diguna pakai dalam membangunkan pelan kelestarian perniagaan firma dan membimbing mereka dalam menyediakan pelaporan ESG. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta tentang amalan ESG dan menggalakkan mereka untuk mengambil langkah pertama dalam perjalanan ESG.
Turut hadir semasa majlis perasmian ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024 adalah YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia, Cik Libera Cheng Ching-mon, Ketua Pengarah Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jakarta dan YBrs. Encik Rizal bin Dato' Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia. Acara ini disokong oleh ASEAN - Hong Kong, China Free Trade Agreement Economic and Technical Cooperation (AHKCFTA ECOTECH) Work Programme.
SME Corp. Malaysia merupakan Agensi Penyelaras Pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang berperanan sebagai pusat pengumpulan dan rujukan setempat bagi maklumat dan khidmat nasihat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). SME Corp. Malaysia juga menyelaras program pembangunan PMKS di Malaysia, menjalankan penilaian ekonomi dan pengakreditasian PMKS, serta melaksanakan program pembangunan perniagaan dan fasilitasi akses PMKS kepada pasaran dalam dan luar negara.
Bermula pada 2 Mei 1996, SME Corp. Malaysia dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), bermatlamat membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (KS) Malaysia yang berkeupayaan dan berdaya tahan agar mampu berdaya saing di pasaran global. Pada tahun 2007, SMIDEC telah diberi mandat oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk menggubal dasar dan strategi menyeluruh bagi PKS dan memacu program PKS merentasi Kementerian dan Agensi. Sehubungan itu, SMIDEC telah dijenamakan semula secara rasmi sebagai SME Corp. Malaysia pada 2 Oktober 2009.
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (SME CORP. MALAYSIA) Aras 6, Blok B, Platinum Sentral Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Tel:603-9213 0077 Faks: 603-2775 6001 E-mel:info@smecorp.gov.my Laman sesawang: www.smecorp.gov.my
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (U.P.:Pn.Suraini Mohamad Sulaiman) Tel 03-2775 6290 E-mel:suraini@smecorp.gov.my
Comments
Post a Comment