Majlis Rumah Terbuka & Pelancaran Produk JOM (JEWELS OF MALAYSIA) dari KOPERASI NORRAS BERHAD atas usahasama PERSATUAN PENGGIAT SENIREKA BARANG KEMAS ( PERSEKA )
๐ 3hb Mei 2024
๐Grand Baraqah Hotel, Ampang Selangor
Majlis ini adalah untuk meluaskan fokus kepada pereka, petukang, dan pemakai, bahawasanya anugerah ini dapat memberi impak yang lebih menyeluruh terhadap perkembangan industri barang kemas Malaysia serta penghayatan terhadap identiti budaya negara.
JOM ini akan berlangsung dari Jun 2024 hingga Dis 2024, dimana JOM akan menjelajah ke-5 buahnegeri bermula dari Johor Bahru. Destinasi ke-2 di Kuantan.Destinasi ke-3 di Pulau Pinang. Destinasi ke- 4 Sabah. Destinasi ke-5 Kuching, Sarawak
Terma dan syarat pertandingan ini adalah :
1. Peserta mesti berusia 18 tahun keatas
2. Peserta mesti merupakan warganegara Malaysia
3. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan
4. Penghasilan karya peserta akan menjadi hak milik PERSEKA sepenuhnya selepas pertandingan
ini.
Pertandingan ini juga terbuka untuk pelajar pelajar IPTA, IKM, IPTS dan dan mana mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan JOM ini. Untuk pertandingan ini JOM akan memilih 1 pemenang dari setiap negeri untuk dipertandingkan pada akhir nanti yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Hadiah yang ditawarkan adalah untuk 10 pemenang. 3 pemenang utama akan ditawarkan 4 hari kursuspendek di โUniversity Arts Londonโ. Untuk 7 pemenang lain akan diberikan hadiah yang akan diumumkan nanti secara rasmi.
Tarikh pertandingan ini akan bermula dari Jun 2024 serta pemenang bakal diumumkan pada Dis 2024.
Sidang media JOM ini akan diadakan pada 18 Jun 2024.
Objektif JOM
1. Pereka:
- Mendorong pereka tempatan untuk menggabungkan unsur-unsur budaya dan identiti Malaysia dalam
reka bentuk barang kemas mereka.
- Memberi pengiktirafan kepada pereka yang mempunyai kepekaan terhadap keunikan budaya dan
warisan Malaysia dalam karya mereka.
- Memupuk kolaborasi antara pereka dengan petukang tempatan untuk menghasilkan barang kemas
yang melambangkan warisan budaya Malaysia dengan cemerlang.
2.Petukang:
- Memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada petukang untuk meningkatkan kemahiran tradisional mereka
dalam membuat barang kemas.
- Mengiktiraf kecekapan dan kreativiti petukang dalam menghasilkan barang kemas berkualiti tinggi yang
mencerminkan keunikan budaya Malaysia.
3.Pemakai :
- Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya menyokong dan menghargai
barang kemas tempatan.
- Menggalakkan masyarakat untuk memilih barang kemas yang direka dan dibuat di Malaysia sebagai
satu cara untuk menyokong industri kraftangan tempatan.
- Menghubungkan nilai-nilai dan makna yang terkandung dalam setiap barang kemas Malaysia kepada
pemakai.
Kesimpulannya pertandingan ini dijangka mencungkil bakat-bakat baru dalam industri barang kemas
Malaysia, serta menyediakan platform untuk pengembangan dan pengiktirafan mereka. Dengan
memperkenalkan penggunaan tema identiti Malaysia, kami berharap dapat mengukuhkan kebanggaan
dan kesedaran terhadap warisan budaya negara di kalangan peserta dan peminat barang kemas.
Diharapkan juga bahawa hadiah yang menarik dan pengalaman di London bagi pemenang utama dapat
memberi inspirasi dan penghargaan yang lebih besar terhadap kecemerlangan dalam industri barang
kemas Malaysia. Dengan melalui pertandingan ini, kami yakin dapat menyumbang kepada pembangunan
industri kreatif negara serta menyelamatkan dan memperkasakan warisan budaya yang kaya dan unik
Malaysia.
Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Koperasi Norras Berhad, sila hubungi di talian +60192245967
( Datin Dr. Raskidah Ali ) atau layari aplikasi โ x โ ( Twitter ) : @PERSEKA__
Alamat: G-12, Ground Floor, Saville@Melawati,
No.2, Jalan Kolam Air, Desa Melawati, 53100,
Kuala Lumpur, Malaysia
Comments
Post a Comment