🌙 Majlis Berbuka Puasa & Sidang Media Pelancaran album dan 🎤 Single Terbaru Keluaran dan Edaran Loonaq Records 🗓️13 Mac 2024
Kumpulan Qosidah Munsyidaat El Qassh baru saja merilis album BEKALAN JIWA pada 7 Mac 2024.
Projek ini merupakan rakaman album qosidah secara live yang hanya diringi oleh alat muzik perkusi
yang dimainkan sendiri oleh anggota Munsyidaat El Qassh. Lagu-lagu yang dirakamkan adalah lagu-
lagu mawlid, selawat dan zikir klasik zaman-berzaman. Album ini telah diterbitkan secara bersama oleh
Loonaq Records dan sub-label di bawahnya iaitu NAKHODA ALAM RESOURCES yang dimiliki
oleh artis penyanyi, komposer dan penulis lirik yang dikenali iaitu Royce Sa’ayan.
Penerbit bagi album in adalah Royce sendiri dan bekerjasama dengan penerbit muzik dan rakaman iaitu
Mohd Noor Mohd Zain@MadNor Hendrix. Dirakam di studio Loonaq Records di Desa Kundang,
Rawang, Selangor. Munsyidaat El Qassh (bermaksud Penyanyi Cerita Sirah) pada awalnya diwujudkan
untuk mengisi kegiatan majlis dan upacara keagamaan, kebudayaan, juga melakukan kerja kerja amal
kebajikan (NGO). Diasaskan oleh penyanyi/komposer dan penulis lirik Royce Sa'ayan dan dibimbing
oleh Cikgu Siti Hajar, pelatih vokal profesional dan anggota-anggota lain atas sifat komunti yang ingin
membawa semua kecemerlangan budaya berqosidah pada generasi seterusnya, insyaaAllah! (Biografi
selanjutnya adalah dilampirkan).
Aktiviti aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:
- persembahan live qosidah dari Munsyidaat El Qassh, tayangan video klip dan acara
pelancaran album BEKALAN JIWA oleh Ybhg. ;
- persembahan live Leia AzZahra lagu Munajat Buat Gaza bersama anak2 rakyat
Palestine di Malaysia yang dibawa khas oleh Friends of Palestine/Global Coalition;
- sesi dengar lagu dari lain2 artis Loonaq Records;
- taklimat Yayasan UNITI dan acara perasmian pelancaran album Munsyidaat El Qassh
oleh YBhg. Professor Dr. Syed Omar Syed Agil - CEO, Yayasan UNITI;
- Pelancaran lagu rasmi Kempen Solidariti Palestine Munajat Buat Gaza oleh Tuan
Ayob Majid - Presiden IRAMA.
Turut diraikan adalah ANAK-ANAK YATIM RUMAH KASIH NURUL HASANAH & ANAK-ANAK
PALESTINE DARI KOMUNITI FRIENDS OF PALESTINE & GLOBAL COALITIONS yang ditaja
oleh YAYASAN UNITI, Kg. Baru, Kuala Lumpur.
Anjuran: -
• Loonaq Records
•YayasaN UNITI
•Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA);
Dengan Kerjasama: -
•Nakhoda Alam Resources
•Anspire Signature
•Rumah Kasih Nurul Hasanah
•Friends of Palestine & Global Coalitions
Loonaq Records telah menyambut idea rakyat Gaza dan Palestine melancarkan lagu Single Rasmi bagi
MUNAJAT BUAT GAZA memilih Leia AzZahra sebagai penyanyi lagu iaitu bertajuk - Pelancaran
Lagu . Lagu ini adalah ciptaan dan lirik oleh Haji Rozman Abas . Muzik digubah dan disusun oleh
saudara Othman Masri@Man Senoi (AJK IRAMA) bersama Haji Rozman dan Din Ozon.
Dalam masa yang sama turut diperkenalkan dalam majlis ini adalah sesi
memperkenalkan artis Loonaq Records yang dapat hadir bersama dan mendengar
single terbaru mereka (2024) dan tahun lepas (2023 dan sebelumnya) iaitu: -
• Band FrentastiX - menampilkan Syed Samudera dengan single terbaru HANYA
KERANAMU yang baru dirilis pada 7 Mac 2024;
• Haris Abdul dengan single terbaru KU YAKIN…CINTA rilis pada 7 Mac 2024
• Are-Tan Rocktone dengan single terbaru bertajuk AMARAN PENCIPTA yang telah rilis
pada 30 Januari 2023;
Royce Sa’ayan dengan single terbaru bertajuk LENTERA TERPUJI rilis pada 16 Jun
2023,
Al Fann Nasyid (BERTAHAN).
Sebelum pelancaran, akan diadakan sesi Pra-dengar album band Ozon (KRONIX II) yang merakam
semula lagu-lagu yang pernah diterbitkan pada tahun 1991 lalu dengan susunan muzik terbaru. Kerja-
kerja rakaman studio telah berakhir dan Ozon perlu kembali ke studio semula selepas Hari Raya untuk
menyambung pula rakaman lagu-lagu terbaru dengan album bertajuk NASKAH NURANI.
Loonaq Records sedang merancang untuk mengadakan tour showcase Ozon KRONIX II dan Naskah
Nurani bersama beberapa kumpulan rock metal yang masih dalam perbincangan. Setakat ini Loonaq
Records belum memastikan apakah strategi untuk rilis band Ozon ini samada untuk mengeluarkan
album penuh dengan mercandise artis atau sekadar merilis single satu demi satu.
🎥🎤 Cerita lanjut untuk aktivit Loonaq Records ada di website rasmi iaitu
www.loonaqrecords.com .
Haji Rozman Abas
012-339 3711
🏢 ARINA SKYVIEW KUALA LUMPUR, Level 20, Menara Arina
Uniti, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Comments
Post a Comment