๐ช KELUHAN KOMUNITI P14B PUTRAJAYA - HAMPA TIADA TINDAKAN SERIUS DARIPADA PIHAK PPJ PUTRAJAYA
๐ฎ Hari Keselamatan dan Keceriaan P14B 2.0
Pelbagai keluhan & masalah penduduk dari komuniti Presint 14B (P14B) yang hadir adalah majoriti sudah bersara berbangkit di suarakan secara terus terang. Mereka mengambil peluang yang dibuka dengan menegaskan bahawa dialog tidak bermakna jika tiada wakil PPj. Malangnya suara ini hanya menjadi tempat luahan perasaan, tanpa keputusan tuntas. Banyak masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan, meskipun selepas enam bulan. Keadaan menjadi semakin buruk, dan membimbangkan.
Penutupan cawangan Pejabat Pos berdekatan Presint 14B (P14B) menyukarkan penduduk warga emas yang kurang faham & cekap membuat pembayaran online untuk menyelesaikan bil elektrik, air & lain- lain. Komuniti Presint 14B (P14B) berharap pihak berkuasa dapat mengekalkan atau mencari alternatif lain bagi memudahkan penduduk.
Penduduk menyatakan kekecewaan isu masalah anjing liar masih tidak di selesaikan & masih berlarutan enam bulan. Anjing liar ini ada yang tidur di rumah penduduk & mengejar serta menyalak orang ramai di kawasan Presint 14B (P14B). Kanak kanak & orang tua berasa tidak selamat berada di luar rumah.
Sebelum itu, penduduk P14B mendapat banyak maklumat berguna mengenai keselamatan merangkumi penyelamatan nyawa jika berlaku kemalangan menerusi ceramah, dan demonstrasi oleh Leftenan Kamarul sendiri, serta pembantunya
Ceramah/demonstrasi kebakaran secara santai-serius-berjenaka oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dikenali sebagai Najib, bersama-sama beberapa rakan setugas
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut mengadakan pameran mini
Pameran mini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Sebelum bersurai, diadakan cabutan bertuah, dan disudahi jamuan makan tengah hari. Seratus penduduk pertama yang mendaftar hadir juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka diberikan alat pemadam api 1 liter
Comments
Post a Comment